Archive

Posts Tagged ‘kenapa emas?’

Kenapa semua orang PERLU menyimpan emas

04/10/2009 2 comments

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

copied from : malaysiakuboleh.wordpress.com

Kenapa Emas?

19/07/2008 1 comment

Kenapa emas? Kadangkala kita seringkali lihat makcik2 kita, tak kira siapa, mak sedara, nenek kita, nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Terengganu ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, makcik2 pakai gelang emas sampai ke siku! Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke siku, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan?

Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, makcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd isteri kita sahaja, biarlah orang rumah kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Saya tidak berkata kepada anda sahaja, kerana saya juga begitu. Saya selalu dengar tok nenek saya cakap, kalau dapat anak perempuan, sekurang-kurangnya kena ada jugak emas, “besar janggut udang pun takpe”. Betapa  dalam maksudnya jika saya teliti dari dulu, nak gambarkan betapa tingginya nilai emas yang tak akan turun.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.

Kenapa memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda?

Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.

Faktanya jelas:

  • Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
  • Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
  • Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
  • Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
  • Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.

Sila rujuk graf kenaikan harga emas di bawah untuk melihat unjuran peningkatan 10 tahun sehingga Julai 08.

Categories: Uncategorized Tags: