Archive

Archive for October, 2009

Penurunan Harga emas..adakah memberi kesan kepada Dealer yang memiliki stok pada harga yang tinggi ?

30/10/2009 2 comments

Salam semua… Dealers tidak perlu bimbang kepada penurunan harga emas, di sini suka saya mengemukakan satu pertanyaan yang dikemukan oleh Kak Yatie (Dealer kawasan Marang dan sekitarnya) seperti berikut :…

Salam, Maaf ganggu lagi. Ada beberapa pertanyaan ni. Kalau ada buyer masa harga murah dari masa harga kita beli dulu kita mesti jual, contoh: harga jual sekarang 2300 harga beli 2200 harga kita beli: 2500 saya lock harga 2300 dan order yang lain dengan PB or en khairul. lepas tu saya kena gi tebus kat BR sekeping dan kena bayar harga sekeping ikut harga BR or kena bayar berapa… Dah tu bagi emas tu ke pembeli (dia ada RM1500 je) dia pajak lak dapat dalam seribu terus bayar ke saya…camtu eh… Jadi agen ni mesti sentiasa ada emas dalam nilai 30k ke dalam akaun kita. Katakan kita nak labur banyak untuk sendiri dalam 50k. Lepas 2minggu, or 1 bulan or 3 bulan harga naik tinggi untuk beberapa hari (kira untung la tu..) kalau kita nak jual kesemuanya boleh jual pada en khairul or PG. Kalau ke PG, mr branson atau orang dia kena datang laa… En khairul selalu tekankan ‘buat sale sebelum 1 nov untuk dapat komisen’ Kami daftar hari tu dah lambat. Jadi mungkin lepas 1Nov baru ada jualan… En khairul buat sendiri ke blog tu …Kalau saya nak buat blog (kurang pandai lagi) macamana nak dapat mssukkan add PG, PDinar, BR, kitko dan lain2 tu… Sekian dulu. Terima kasih.

…ini di antara persoalan yang bermain di kepala kita sebagai Dealer, beli harga mahal jual harga murah….adakah Dealer memperolehi keuntungan? jawapan nya “YA”…Dealer tetap akan memperolehi keuntungan sekiranya kita mengambil langkah seperti berikut….

  1. Jual stok yang ada ditangan sebagaimana harga yang diminta oleh client kita even harganya jauh lebih rendah dari harga kita beli…
  2. Pada masa yang sama kita buat order baru berdasarkan harga yang diminta oleh client kita…
  3. Kita akan menerima emas yang kita order pada harga yang dipesan oleh client kita sebagai stok baru kita..
  4. Pada masa yang sama kita akan menikmati komisyen dan stok baru pada harga yang lebih rendah…
  5. So…disini tidak timbul persoalan rugikah kita?
  6. Proses ini lebih kurang mendahulukan stok yang ada pada kita sebelum kita menerima stok baru yang harganya sama seperti yang diminta oleh client kita…

Dengan itu tidak timbul “saya terpaksa hold dulu, sebab masa saya beli hari tuu harga lebih tinggi, saya tak boleh jual sekarang”…nasihat saya..apabila ada permintaan…kita let it go…jangan kita berfikir sebagai seorang pembeli biasa…tetapi kita hendaklah berfikir sebagai seorang Dealer…

=====================

Berminat untuk menjadi Dealer Public Gold? …tapi modal tidak mencukupi…hubungi saya (+6012-989 7399) insya Allah saya akan bantu setakat yang terdaya…

=======================

Categories: Uncategorized

Agen PG dikehendaki di seluruh negara…

23/10/2009 14 comments

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Harap kita semua sihat sejahtera dan berada di dalam rahmat Allah sentiasa.

Sebenarnya sudah hampir setahun perkara yang sangat mengembirakan telah diwar-warkan dan saya ingin berkongsi bersama anda semua terutama bagi peminat, pelabur dan penyimpan emas (gold bullion/wafers collectors).

Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan iaitu nilaian dalam kurang lebih 300g emas sahaja (RM30,000.00) bergantung kepada harga emas semasa.

Saya berpendapat peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi business emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM30,000.

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan modal RM30,000.00 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri. RM30,000.00 tersebut adalah untuk belian stok emas 999.9 (starter kit – seperti gambar sebelah kiri ni) Public Gold, contohnya gold wafer 100 gram, gold wafer50 gram, gold wafer 20 gram dan dinar emas 916 (1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar).

Sila lihat surat tawaran Public gold di bawah :)


Klik untuk besarkan

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat berpatutan bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu direbut segera.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti:

  1. Gold wafer 20 gram
  2. Gold wafer 50 gram
  3. Gold wafer 100 gram
  4. Gold Coin 50 gram
  5. Dinar Emas (1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)

Kesemua produk Public Gold adalah untuk pelaburan emas, senang dijual dan perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah. Very hot item :)

Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram

dinar_specs1
1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar Emas 916 (22K)

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Produk Public Gold sangat mudah untuk dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga di kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan adalah sangat kecil iaitu di sekitar 5% – 6% sahaja berbanding dengan kedai-kedai emas diantara 10% – 18%.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun tercalar, bengkok, kemek asalkan beratnya tetap sama (tidak berubah). Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold ni.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tidak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat PG. Jadi senang untuk kita buat promosi.

pamplet

Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Target Jualan Bulanan.

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini adalah untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah untuk tercapai jika berusaha lebih sedikit, yang penting kesungguhan dan minat yang mendalam perlu ada dalam diri agen masing-masing

Kesimpulan.

Ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik. Jika anda mempunyai modal RM30,000.00 dan juga berkeinginan untuk mencari peluang perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang terbaik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, malahan menyediakan ruang dan peluang bagi kita untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Kita beroleh keuntungan, mereka beroleh manfa’at dari ilmu yang kita berikan, sama-sama mendapat keuntungan dan manfa’at.

Borang untuk menjadi Agen…download sini (klik untuk besarkan imej atau right click, pilih Save image as..)

borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada saya dengan scan semula dan emailkan kepada saya beserta satu salinan KP untuk tujuan penyenaraian maklumat dealer.

Atau boleh terus email kepada
Ms Patricia Tan ,Marketing Manager Public Gold

patricia@publicgold.com.my
H/P : 012-5806186
Office : 04-644 9999 Fax : 04-6464 916
dan cc kepada
Mr Branson Saw branson@publicgold.com.my
H/P : 019-448 8916
dan saya Khairul Annuar Ismail nuar96@yahoo.com

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold walaupun anda tidak dapat menyediakan modal sebanyak RM30,000.00, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar pertanyaan ke email nuar96@gmail.com ataupun letakkan di bahagian komen atau call me@+6012.9897.399. Saya amat berbesar hati sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Jual beli emas Public Gold – kekhilafan

22/10/2009 6 comments

Salam.

Pada entry kali ini, saya cuba menerangkan beberapa salahfaham tentang perniagaan emas Public Gold yg sering ditanya kpd saya.

1) Emas public Gold, adalah berbentuk fizikal, boleh dipegang dan dilihat. Pembeli membeli emas berkenaan dan membawa pulang. Bukannya jual beli hanya di atas kertas macam Maybank atau pun Public Bank. Sama juga seperti beli emas di kedai emas, anda bayar duit, anda dapat emasnya. Bezanya dengan kedai emas, bentuk emasnya bukanlah barang kemas, tetapi emas Public Gold adalah berbentuk bar/jongkong/syiling.

2) CASH AND CARRY. Sebarang urusan belian dan jualan dilakukan secara cash and carry. Apabila persetujuan harga dicapai, pembeli sudah ada cash, tetapkan tempat pertemuan. Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan jika pembeli ingin bank in duit terlebih dahulu jika ada kepercayaan.

3) BUKAN SKIM PELABURAN. Perniagaan emas Public Gold, hanyalah berkonsepkan jual beli yang biasa, anda beli, kami (ejen) menjualkan kepada anda. Bukannya seperti skim2 pelaburan yang menjanjikan pulangan sekian sekian berasaskan modal anda. Pembeli emas Public Gold hanya akan mendapat keuntungan apabila adanya kenaikan harga emas, jika ingin menjual semula.

4) Ejen-ejen (dealer) Public Gold wajib ambil jika pelanggan ingin menjual semula emas-emas yang telah dibeli. Harga yang ditetapkan, adalah harga “buying” semasa di website public gold. Jika ada ejen yang tidak dapat beli balik, itu adalah kerana ejen berkenaan tidak cukup modal, maka anda dinasihatkan mencari ejen2 yg benar2 bereputasi tinggi.

ok, sekian dulu untuk kali ini. Selamat Melabur, bukan Melebur. Terima Kasih.

Categories: Uncategorized

Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

11/10/2009 1 comment

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam http://www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

Kenapa semua orang PERLU menyimpan emas

04/10/2009 2 comments

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.

Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————-
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

copied from : malaysiakuboleh.wordpress.com