Archive

Archive for July, 2009

Emas, Haji, Umrah dan Zakat

23/07/2009 10 comments

doaPelaburan atau menyimpan emas boleh menampung perbelanjaan haji dan umrah disamping dapat mengeluarkan zakat. Dengan peningkatan harga emas setiap tahun selari dengan peningkatan kos sara hidup, beli dan simpan emas adalah langkah yang terbaik bagi menampung kos perbelanjaan haji dan umrah.

masjidilharam

Graf dibawah menunjukkan carta harga emas dari tahun ke tahun (10 tahun) yang menunjukkan peningkatan harga komoditi tersebut, tanpa ragu-ragu emas adalah komoditi yang kalis inflasi (yang tiada susut nilai).

gold_10_year_o_usd

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fakta kenaikan harga emas : Purata 11% ;

Bagi Tahun 2002   2003   2004   2005   2006   2007   2008
% naik 9.50%    17.7%  10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%USD_Line_5years_170x105

Berikut adalah fakta harga tambang haji dan umrah di Malaysia yang sentiasa mengalami kenaikan harga disebabkan kenaikan kos bahan api seperti gasoline. Tanpa fakta pun semua orang tahu bahawa kos mengerjakan haji sudah mengalami kenaikan harga yang kini hampir mencecah RM10K berbanding tahun sebelumnya dalam RM8K++.

bar3wshadowKesemua kos-kos ini boleh ditampung dengan membeli dan menyimpan emas. Emas sebagai alat atau aset pemegang nilai kekayaan yang tidak akan mengalami penyusutan nilai berbanding dengan kebanyakan komoditi yang lain yang tidak stabil malahan kita boleh lihat peningkatan harga emas setiap tahun.

zakatezakatSelepas kita membeli dan menyimpan emas, jangan kita abaikan tuntutan agama agar umatnya mengeluarkan zakat emas dan perak sekiranya kita ada menyimpan emas dan layak kena zakat adalah 85 gram/20 dinar dan cukup haul dan kadarnya adalah sebanyak 2.125 g /setengah dinar sahaja. Apa kebaikan mengeluarkan zakat? Ia akan menyuburkan lagi harta yang kita miliki…sebagaimana tanaman memerlukan baja, maka baja itu adalah zakat yang kita keluarkan dengan ikhlas dan rendah diri demi kerana Allah swt.

Keteguhan dan keutuhan nilai emas

Bagaimana duit emas ( dinar emas ) dapat mempertahankan simpanan kita ?

Katakan  kita menyimpan RM10,000 tunai dalam akaun bermula awal 2002. Selepas tiga tahun kuasa membeli anda pada akhir tahun akan berkurangan -RM681.36 atau – 6.8% selepas mengambil kira inflasi yang berlaku.

Tetapi jika kita menggunakan RM3,000 untuk membeli emas dan bakinya dalam akaun tunai, kuasa membeli kita meningkat sebanyak RM1,224.89 atau +12.2 %.

goldPowerKesimpulan

Simpanlah emas untuk pelaburan jangka panjang yang semestinya akan memberikan pulangan yang terbaik kepada pemiliknya, tiada penyesalan menyimpan emas tetapi seribu penyesalan bercampur perasaan terkilan  kerana tidak menyimpan emas.

Advertisements
Categories: Uncategorized

Penemuan emas di Kg. Jelutong, Pendang, Kedah dan Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor

03/07/2009 2 comments

Penduduk Pendang sibuk cari emas

(BH Online 3 Julai 2009)

PENDANG: Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di sini, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

emaskTinjauan Bernama mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.

“Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini,” kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.

Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.

“Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

“Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual,” katanya.

Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut, berkata ini adalah kali pertama laporan emas dijumpai di kampung itu.goldmining

“Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan,” katanya. – Bernama

Obsesi emas – Bertan-tan emas tersembunyi

(Kosmo 3 Julai 2009)

Pagi Rabu itu, Sulaiman Tujuling, 76, pantas menghirup kopi O panas bersama isterinya, Halimah Amri, 73. Usai mengalas perut, pasangan tersebut mencapai kuali dan peralatan lain untuk ke pantai. Mungkin janggal jika diperhatikan pada kelengkapan yang digalas dengan destinasi yang hendak dituju.

Apa yang menanti mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor sebenarnya jauh menandingi keseronokan bermandi-manda. Pasangan ini hendak mendulang emas!

Cubaan pertama mendulang di lokasi baru itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi Sulaiman dan Halimah, malah ‘pesta mendulang’ di situ sudah bermula mendahului sarapan mereka tadi.

dulangmas

“Saya mendulang sejak tahun 1957 tetapi ini kali pertama kami mendapat emas yang banyak. Biasanya kami mendulang di Teluk Iskandar tetapi tak sangka, percubaan kami di tempat baru ini dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Seharian di pantai, kami memperoleh kira-kira 12 gram emas dan apabila dijual, kami mendapat RM800,” katanya.

Kisah ‘durian runtuh’ Sulaiman dan isterinya pantas tersebar ke seluruh negara dan menarik minat luar biasa orang ramai untuk datang mendulang di situ.

Buktinya, jika sebelum ini nama Kampung Sri Pantai hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, kini masyarakat luar bukan sahaja bercerita malah berpusu-pusu ke kawasan tersebut untuk mendulang emas.

Bagi suri rumah, Halimah Sidin, 56, dia sanggup datang dari Minyak Beku, Batu Pahat untuk bersama ribuan pendulang lain mencuba nasib.

“Saya datang bersama seorang anak dan dua cucu. Kami membawa tiga kuali dari rumah dan sanggup berembun mendulang dimulai tengah malam sehingga air pasang keesokannya.

“Ini kali pertama saya datang mendulang. Semalam saya cuma dapat beberapa gram, itu yang membuatkan kami berkhemah di sini dan terus mendulang dengan harapan untuk dapat lebih banyak emas,” katanya.

Biarpun fenomena emas ‘timbul’ jarang berlaku dan hasil yang dijanjikan tidak menentu, ia tidak melemahkan semangat orang ramai untuk turun mendulang di situ.

gold-coins-bullionEmas sentiasa berada di dalam senarai komoditi teratas yang ingin dimiliki oleh manusia kerana nilainya yang tinggi dan kalis inflasi


Menjelang hujung minggu, keadaan lebih meriah malah ramai yang sanggup mendirikan khemah dan menjadikan kenderaan sebagai tempat untuk melelapkan mata setelah seharian mendulang emas.

Sekalipun sudah hampir dua tahun berlalu, pesta mendulang di Mersing mungkin akan berlaku lagi selepas ini tetapi kali ini lokasinya belum dapat dipastikan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abdul Razak, kejadian yang dikenali sebagai gold rush itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan lokasinya juga pelbagai kerana proses pemineralan boleh berlaku di mana-mana.

“Sebelum ini gold rush juga pernah dilaporkan di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Setiu dan Mersing. Emas yang ditemui itu terhasil daripada geseran yang berlaku di kerak bumi menyebabkan emas yang selama ini ‘tersimpan’ terangkat ke permukaan bumi,” katanya.

Yunus memberitahu, kejadian yang membuka peluang kepada ribuan pendulang itu bagaimanapun tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perlombongan sistematik.

“Atas ihsan kerajaan negeri, orang ramai boleh mendulang sehingga JMG mengeluarkan arahan pemberhentian atas faktor keselamatan,” kata beliau yang ditemui Jurnal baru-baru ini.