Archive

Posts Tagged ‘kakitangan kerajaan’

Skim Pemilikan Emas Etika, peluang kpd kakitangan kerajaan

07/08/2008 47 comments

Perhatian : Promosi dalam artikel ini sudah expired. Boleh baca post ini untuk rujukan sahaja. Kami sudah tidak mempromosikan skim ini lagi bermula November 2008. Sekarang syarikat Etika Emas Estet ini sedang disiasat oleh BNM.

Skim ini sangat menarik bagi kakitangan kerajaan kerana ia memberi peluang untuk mendapat pendapatan tambahan secara bulanan. Skim ini tidak lah menjanjikan anda menjadi kaya sekelip mata, atau menjanjikan anda menjadi seorang jutawan. Jika itu lah impian anda, baik lupakan. Kerana skim PPS(Pembelian, Pemilikan dan Simpan) ini bukanlah satu skim cepat kaya atau MLM atau seangkatan dengannya.

emas etika 100g

emas etika 100g

Yang lebih menarik bagi kakitangan kerajaan kerana untuk menyertai skim ini, anda tidak perlukan modal sesen pun, kerana anda layak mendapat pinjaman peribadi bank/personel loan dengan mudah.

Disini, saya cuba lakarkan contoh perkiraan mudah dan ringkas:

Pembiayaan : Personel loan Public Bank
Interest rate semasa 5.70, pembiayaan 12tahun:

Minima belian emas = 100g
Harga semasa hari ini(7/8/08) mengikut bank rakyat/gram = RM109.22
Jumlah harga untuk 100g = RM10922

Jumlah personel loan diperlukan = RM11000
Bayar bank bulan2(monthly installment) = RM129

Hibah diperoleh oleh pembeli = RM300/month
Untung = Hibah – monthly installment = RM171

Melalui skim ini, anda akan dapat 3 bentuk keuntungan:
1)Keuntungan hibah 12 tahun pelaburan (kasar) = RM171x12bln = RM2052 x 12tahun = RM24626

sijil emas etika

sijil emas etika

2)Keuntungan kenaikan harga emas itu sendiri, andaikan mengikut trend 10 tahun lepas, kenaikan adalah melebihi 20%setahun = 20%x10922 =  2184.4x12tahun = RM26212.8 (kenaikan harga) + 10922 = Harga emas anda seberat 100g selepas 12 tahun iaitu RM37134.8
3)Keuntungan dari emas seketul 100g yg anda tidak keluar modal satu sen pun = RM10922

Jumlah keuntungan selepas 12 tahun= Kenaikan harga + hibah + emas 100g yg modalnya anda tidak keluarkan= RM26212.8 + RM24626 + RM10922 = RM61760.8

Jadi saya katakan, 12 tahun dari sekarang anda akan dpt keuntungan RM61760.8 dari 0 modal jika anda bertindak dari sekarang, itu pun jika anda bertindak membeli HANYA 100g emas, cuba anda kira jika anda membeli 300g atau lebih banyak lagi.