Archive

Archive for July, 2008

Berita – TG Nik Aziz menggesa guna dinar emas

25/07/2008 Leave a comment
Ucapan Nik Aziz di PWTC – Guna dinar untuk sekat kuasa ekonomi Amerika dan Yahudi
Mohd Rashidi Hassan & Intan Abdullah. Foto Nasir Sudin
Tue | Jul 24, 07 | 11:51:02 pm MYT
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) – Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Image

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

“Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata,” tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena ‘Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar’ yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi http://www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa” yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan “Gold Dinar Economy” kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa,” yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. – mks.

Categories: Uncategorized

Senarai forum yang membincangkan pelaburan emas.

21/07/2008 3 comments

Disini saya cuba list kan beberapa forum, untuk anda teliti sebelum anda memutuskan untuk menceburi mana-mana bentuk pelaburan emas yang ada:

1) Forum di nogold.com http://nogold.com/forum/showthread.php?t=24604

2) Forum di carigold.com http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=26765

3) Forum di bicarajutawan.com http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=4253

Anda akan dpt byk info berguna dlm thread di forum-forum di atas. Saya tidak maksudkan info utk Etika Emas shj, tetapi melibatkan byk bentuk pelaburan emas, anda boleh pilih pelaburan macamana yg anda suka, samada membeli dan menyimpan syiling emas kijang, dinar emas dan sebagainya, selamat membaca dan mentelaah. 8)

Categories: Uncategorized

PEJABAT ETIKA EMAS ESTET SDN. BHD. DI KUALA TERENGGANU

21/07/2008 41 comments

latest updated (Nov 2008) : Pejabat berkenaan telah berpindah ke Kuala Ibai.

Bagi sesiapa yang telah menyertai program Pembelian, Pemilikan dan Simpan (PPS) Syarikat Etika Emas Estet Sdn. Bhd bagi kawasan Kuala Terengganu, sukacita dimaklumkan, pejabat urusan Etika Emas Wilayah Timur telah mula beroperasi sejak dua bulan lalu di:

111-C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru,
23000 Kuala Terengganu
Tel: 09-6312477 Fax: 09-6312476

Categories: Uncategorized

Kenapa Emas?

19/07/2008 1 comment

Kenapa emas? Kadangkala kita seringkali lihat makcik2 kita, tak kira siapa, mak sedara, nenek kita, nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Terengganu ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, makcik2 pakai gelang emas sampai ke siku! Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke siku, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan?

Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, makcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd isteri kita sahaja, biarlah orang rumah kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Saya tidak berkata kepada anda sahaja, kerana saya juga begitu. Saya selalu dengar tok nenek saya cakap, kalau dapat anak perempuan, sekurang-kurangnya kena ada jugak emas, “besar janggut udang pun takpe”. Betapa  dalam maksudnya jika saya teliti dari dulu, nak gambarkan betapa tingginya nilai emas yang tak akan turun.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.

Kenapa memilih emas sebagai salah satu portfolio pelaburan anda?

Cuba teliti tajuk berkenaan, saya tidak mencadangkan anda memilih emas sebagai pelaburan alternatif, tetapi saya mencadangkan supaya emas dijadikan salah satu portfolio pelaburan anda. Dengan kata lain, kalau boleh, jadikan pelaburan emas ini sebagai pelaburan anda yang utama.

Faktanya jelas:

  • Emas adalah simpanan jangka sederhana dan panjang yang selamat di mana harga emas sentiasa menunjukkan peningkatan. Harga (USD) utk 1 oz seperti berikut; Tahun 2003, usd337-398, 2004 usd387-452, 2005 usd423-509.
  • Emas mempunyai nilai tersendiri tidak seperti wang yang merujuk kepada pasaran global semasa.
  • Emas bernilai sejak zaman dahulu kala hingga sekarang tidak kira apa jua berlaku terhadap peradaban dunia.
  • Emas bernilai dan merupakan simpanan yang kukuh lebih daripada wang pada semua keadaan seperti waktu peperangan atau kegawatan ekonomi.
  • Berdasarkan prestasi nilai emas, purata peningkatan nilai mencatatkan rekod 10% atau lebih setiap tahun.

Sila rujuk graf kenaikan harga emas di bawah untuk melihat unjuran peningkatan 10 tahun sehingga Julai 08.

Categories: Uncategorized Tags:

Kemaskini Harga Emas 999.99 (24 karat) Bank Rakyat

17/07/2008 52 comments

goldbar2goldcoinspamp

Laman ini hanya untuk memaparkan kemaskini harga emas semasa 999.99 berdasarkan harga di Bank Rakyat.

Harga Emas (MYR/ gram )
Tarikh | Hari Ketulenan Nilaian
23/10/2009 | Juma’at 999.9 13xxx
23/10/2009 950 12xxx
23/10/2009 916 12xxx
22/10/2009 | Khamis 999.9 135.42
22/10/2009 950 128.65
22/10/2009 916 124.14
21/10/2009 | Rabu 999.9 136.04
21/10/2009 950 129.24
21/10/2009 916 124.70
20/10/2009 | Selasa 999.9 135.47
20/10/2009 950 128.70
20/10/2009 916 124.18
19/10/2009 | Isnin 999.9 135.17
19/10/2009 950 128.41
19/10/2009 916 123.91
15/10/2009 | Khamis 999.9 136.80
15/10/2009 950 129.96
15/10/2009 916 125.40
14/10/2009 | Rabu 999.9 135.81
14/10/2009 950 129.02
14/10/2009 916 124.49
13/10/2009 | Selasa 999.9 135.84
13/10/2009 950 129.05
13/10/2009 916 124.52
12/10/2009 | Isnin 999.9 134.66
12/10/2009 950 127.93
12/10/2009 916 123.44
09/10/2009 | Juma’at 999.9 135.58
09/10/2009 950 128.80
09/10/2009 916 124.28
08/10/2009 | Khamis 999.9 134.95
08/10/2009 950 128.20
08/10/2009 916 123.70
07/10/2009 | Rabu 999.9 133.21
07/10/2009 950 126.55
07/10/2009 916 122.11
06/10/2009 | Selasa 999.9 131.79
06/10/2009 950 125.20
06/10/2009 916 120.81
05/10/2009 | Isnin 999.9 131.80
05/10/2009 950 125.21
05/10/2009 916 120.82
02/10/2009 | Juma’at 999.9 131.82
02/10/2009 950 125.23
02/10/2009 916 120.84
01/10/2009 | Khamis 999.9 131.15
01/10/2009 950 124.xx
01/10/2009 916 120.xx
30/09/2009 | Rabu 999.9 131.23
30/09/2009 950 124.67
30/09/2009 916 120.29
29/09/2009 | Selasa 999.9 130.68
29/09/2009 950 124.15
29/09/2009 916 119.79
28/09/2009 | Isnin 999.9 131.54
28/09/2009 950 124.96
28/09/2009 916 120.58
25/09/2009 | Juma’at 999.9 133.30
25/09/2009 950 126.64
25/09/2009 916 122.19
24/09/2009 | Khamis 999.9 133.67
24/09/2009 950 126.99
24/09/2009 916 122.53
23/09/2009 | Rabu 999.9 133.47
23/09/2009 950 126.80
23/09/2009 916 122.35
22/09/2009 | Selasa 999.9 133.85
22/09/2009 950 127.16
22/09/2009 916 122.70
21/09/2009 | Isnin 999.9 133.xx BR
21/09/2009 950 126.xx Closed
21/09/2009 916 122.xx for
Hari
18/09/2009 | Juma’at 999.9 133.45 Raya
18/09/2009 950 126.78 Eidil
18/09/2009 916 122.33 Fitri
17/09/2009 | Khamis 999.9 133.45
17/09/2009 950 126.78
17/09/2009 916 122.33
16/09/2009 | Rabu 999.9 132.61
16/09/2009 950 125.98
16/09/2009 916 121.56
15/09/2009 | Selasa 999.9 133.90
15/09/2009 950 127.21
15/09/2009 916 122.74
14/09/2009 | Isnin 999.9 132.08
14/09/2009 950 125.48
14/09/2009 916 121.07
11/09/2009 | Juma’at 999.9 131.32
11/09/2009 950 124.75
11/09/2009 916 120.38
10/09/2009 | Khamis 999.9 132.42
10/09/2009 950 125.80
10/09/2009 916 121.39
09/09/2009 | Rabu 999.9 132.67
09/09/2009 950 126.04
09/09/2009 916 121.61
08/09/2009 | Selasa 999.9 132.28
08/09/2009 950 125.67
08/09/2009 916 121.26
07/09/2009 | Isnin 999.9 13xxx BR
07/09/2009 950 12xxx Closed
07/09/2009 916 11xxx
04/09/2009 | Juma’at 999.9 130.79
04/09/2009 950 124.25
04/09/2009 916 119.89
03/09/2009 | Khamis 999.9 128.34
03/09/2009 950 121.92
03/09/2009 916 117.65
02/09/2009 | Rabu 999.9 127.40
02/09/2009 950 121.03
02/09/2009 916 116.78
01/09/2009 | Selasa 999.9 127.00
01/09/2009 950 120.65
01/09/2009 916 116.42
31/08/2009 | Isnin 999.9 12xxx BR
31/08/2009 950 12xxx Closed
31/08/2009 916 11xxx
28/08/2009 | Juma’at 999.9 126.78
28/08/2009 950 120.44
28/08/2009 916 116.22
27/08/2009 | Khamis 999.9 126.58
27/08/2009 950 120.25
27/08/2009 916 116.03
26/08/2009 | Rabu 999.9 126.08
26/08/2009 950 119.74
26/08/2009 916 115.54
25/08/2009 | Selasa 999.9 126.85
25/08/2009 950 120.51
25/08/2009 916 116.28
24/08/2009 | Isnin 999.9 125.58
24/08/2009 950 119.30
24/08/2009 916 115.12
21/08/2009 | Juma’at 999.9 126.10
21/08/2009 950 119.80
21/08/2009 916 115.59
20/08/2009 | Khamis 999.9 126.26
20/08/2009 950 119.95
20/08/2009 916 115.74
18/08/2009 | Selasa 999.9 127.08
18/08/2009 950 120.73
18/08/2009 916 116.49
17/08/2009 | Isnin 999.9 127.45
17/08/2009 950 121.08
17/08/2009 916 116.83
14/08/2009 | Juma’at 999.9 126.45
14/08/2009 950 120.13
14/08/2009 916 115.91
13/08/2009 | Khamis 999.9 126.27
13/08/2009 950 119.96
13/08/2009 916 115.75
12/08/2009 | Rabu 999.9 125.99
12/08/2009 950 119.69
12/08/2009 916 115.49
11/08/2009 | Selasa 999.9 126.80
11/08/2009 950 120.46
11/08/2009 916 116.23
10/08/2009 | Isnin 999.9 127.73
10/08/2009 950 121.34
10/08/2009 916 117.09
06/08/2009 | Khamis 999.9 127.54
06/08/2009 950 121.16
06/08/2009 916 116.91
05/08/2009 | Rabu 999.9 126.58
05/08/2009 950 120.25
05/08/2009 916 116.03
04/08/2009 | Selasa 999.9 126.88
04/08/2009 950 120.54
04/08/2009 916 116.31
03/08/2009 | Isnin 999.9 124.95
03/08/2009 950 118.70
03/08/2009 916 114.54
31/07/2009 | Juma’at 999.9 124.82
31/07/2009 950 118.58
31/07/2009 916 114.42
30/07/2009 | Khamis 999.9 125.30
30/07/2009 950 119.04
30/07/2009 916 114.86
29/07/2009 | Rabu 999.9 127.33
29/07/2009 950 120.96
29/07/2009 916 116.72
28/07/2009 | Selasa 999.9 127.25
28/07/2009 950 120.89
28/07/2009 916 116.65
27/07/2009 | Isnin 999.9 127.48
27/07/2009 950 121.11
27/07/2009 916 116.86
24/07/2009 | Juma’at 999.9 127.94
24/07/2009 950 121.54
24/07/2009 916 117.28
23/07/2009 | Khamis 999.9 127.75
23/07/2009 950 121.36
23/07/2009 916 117.10
22/07/2009 | Rabu 999.9 127.68
22/07/2009 950 121.30
22/07/2009 916 117.04
21/07/2009 | Selasa 999.9 126.85 123.04
21/07/2009 950 120.51 116.89
21/07/2009 916 116.28 112.79
20/07/2009 | Isnin 999.9 126.75 122.95
20/07/2009 950 120.41 116.80
20/07/2009 916 116.19 112.70
17/07/2009 | Juma’at 999.9 126.63 122.83
17/07/2009 950 120.30 116.69
17/07/2009 916 116.08 112.60
16/07/2009 | Khamis 999.9 125.48 121.72
16/07/2009 950 119.21 115.63
16/07/2009 916 115.02 111.57
15/07/2009 | Rabu 999.9 124.84 121.09
15/07/2009 950 118.60 115.04
15/07/2009 916 114.44 111.01
14/07/2009 | Selasa 999.9 123.96 120.24
14/07/2009 950 117.76 114.23
14/07/2009 916 113.63 110.22
13/07/2009 | Isnin 999.9 123.36 119.66
13/07/2009 950 117.19 113.67
13/07/2009 916 113.08 109.69
10/07/2009 | Juma’at 999.9 123.62 119.91
10/07/2009 950 117.44 113.92
10/07/2009 916 113.32 109.92
09/07/2009 | Khamis 999.9 124.67 120.93
09/07/2009 950 118.44 114.89
09/07/2009 916 114.28 110.85
08/07/2009 | Rabu 999.9 123.89 120.17
08/07/2009 950 117.70 114.17
08/07/2009 916 113.57 110.16
07/07/2009 | Selasa 999.9 124.31 120.58
07/07/2009 950 118.09 114.55
07/07/2009 916 113.95 110.53
06/07/2009 | Isnin 999.9 124.78 121.04
06/07/2009 950 118.54 114.98
06/07/2009 916 114.38 110.95
03/07/2009 | Juma’at 999.9 125.24 121.48
03/07/2009 950 118.98 115.41
03/07/2009 916 114.80 111.36
02/07/2009 | Khamis 999.9 124.08 120.36
02/07/2009 950 117.88 114.34
02/07/2009 916 113.74 110.33
01/07/2009 | Rabu 999.9 125.81 122.04
01/07/2009 950 119.52 115.93
01/07/2009 916 115.33 111.87
30/06/2009 | Selasa 999.9 125.87 122.09
30/06/2009 950 119.58 115.99
30/06/2009 916 115.38 111.92
29/06/2009 | Isnin 999.9 126.32 122.53
29/06/2009 950 120.00 116.40
29/06/2009 916 115.79 112.32
Harga sebelumnya
Juma’at 26/06/2009 – RM125.21/gram

Khamis 25/06/2009 – RM123.76/gram

Isnin 10/11/2008 – RM98.39/gram

Khamis 09/10/2008 – RM117.13/gram

Rabu 08/10/2008 – RM113.99/gram

Selasa 07/10/2008 – RM109.82/gram

Isnin 06/10/2008 – RM110.15/gram

Rabu 24/09/2008 – RM116.82/gram

Selasa 23/09/2008 – RM114.48/gram

Isnin 22/09/2008 – RM112.79/gram

Juma’at 19/09/2008 – RM116.96/gram

Khamis 18/09/2008 – RM102.17/gram

Selasa 16/09/2008 – RM102.65/gram

Isnin 15/09/2008 – RM98.20/gram

Jumaat 12/09/2008 – RM99.56/gram

Khamis 11/09/2008 – RM101.21/gram

Rabu 10/09/2008 – RM104.93/gram

Selasa 09/09/2008 – RM105.16/gram

Isnin 08/09/2008 – RM104.16/gram

Jumaat 05/09/2008 – RM104.39/gram

Khamis 04/09/2008 RM104.87/gram

Rabu 03/09/2008 RM105.60/gram

Selasa 02/09/2008 RM107.40/gram

Isnin 1/9/2008 – Market closed

Jumaat 29/8/08 RM 106.42/gram

Khamis 28/8/08 RM 105.77/gram

Rabu 27/8/2008 RM 105.61/gram

Selasa 26/8/2008 RM105.27/gram

Isnin 25/8/2008 RM 105.75 /gram

Juma’at 22/8/2008 RM103.11/gram

Khamis 21/8/2008 RM102.87/gram

Rabu 20/8/2008 RM99.84/gram

Selasa 19/8/2008 RM100.75/gram

Isnin 18/8/2008 RM100.68/gram

Juma’at 15/8/2008 RM104.61/gram

Khamis 14/8/2008 RM101.80/gram

Rabu 13/8/2008 RM108.04/gram

Selasa 12/8/2008 RM108.17/gram

Isnin 11/8/2008 RM108.33/gram

Jumaat 8/8/2008 RM109.48/gram

Khamis 7/8/2008 RM109.22/gram

Rabu 6/8/2008 RM110.70/gram

Selasa 5/8/2008 RM113.04/gram

Isnin 4/8/2008 RM113.01/gram

Jumaat 1/8/2008 RM112.72/gram

Khamis 31/7/2008 RM113.58/gram

Rabu 30/7/2008 RM115.26/gram

Selasa 29/7/2008 RM115.22/gram

Isnin 28/7/2008 RM114.69/gram

Jumaat 25/7/2008 RM113.26/gram

Khamis 24/7/2008 RM116.41/gram

Rabu 23/7/2008 RM118.77/gram

Selasa 22/7/2008 RM117.58/gram

Isnin 21/7/2008 RM117.40

Jumaat 18/7/2008 RM 117.87/gram

Khamis 17/7/2008 RM118.56

Rabu 16/7/2008 RM118.31

Selasa 15/7/2008 RM118.46

Isnin 14/7/2008 RM115.92

Jumaat 11/7/2008 RM114.18

Khamis 10/7/2008 RM112.97

Rabu 9/7/2008 RM114.57

Selasa 8/7/2008 RM114.63

Isnin 7/7/2008 RM115.59