Home > Uncategorized > Skim Pemilikan Emas Etika, peluang kpd kakitangan kerajaan

Skim Pemilikan Emas Etika, peluang kpd kakitangan kerajaan

Perhatian : Promosi dalam artikel ini sudah expired. Boleh baca post ini untuk rujukan sahaja. Kami sudah tidak mempromosikan skim ini lagi bermula November 2008. Sekarang syarikat Etika Emas Estet ini sedang disiasat oleh BNM.

Skim ini sangat menarik bagi kakitangan kerajaan kerana ia memberi peluang untuk mendapat pendapatan tambahan secara bulanan. Skim ini tidak lah menjanjikan anda menjadi kaya sekelip mata, atau menjanjikan anda menjadi seorang jutawan. Jika itu lah impian anda, baik lupakan. Kerana skim PPS(Pembelian, Pemilikan dan Simpan) ini bukanlah satu skim cepat kaya atau MLM atau seangkatan dengannya.

emas etika 100g

emas etika 100g

Yang lebih menarik bagi kakitangan kerajaan kerana untuk menyertai skim ini, anda tidak perlukan modal sesen pun, kerana anda layak mendapat pinjaman peribadi bank/personel loan dengan mudah.

Disini, saya cuba lakarkan contoh perkiraan mudah dan ringkas:

Pembiayaan : Personel loan Public Bank
Interest rate semasa 5.70, pembiayaan 12tahun:

Minima belian emas = 100g
Harga semasa hari ini(7/8/08) mengikut bank rakyat/gram = RM109.22
Jumlah harga untuk 100g = RM10922

Jumlah personel loan diperlukan = RM11000
Bayar bank bulan2(monthly installment) = RM129

Hibah diperoleh oleh pembeli = RM300/month
Untung = Hibah – monthly installment = RM171

Melalui skim ini, anda akan dapat 3 bentuk keuntungan:
1)Keuntungan hibah 12 tahun pelaburan (kasar) = RM171x12bln = RM2052 x 12tahun = RM24626

sijil emas etika

sijil emas etika

2)Keuntungan kenaikan harga emas itu sendiri, andaikan mengikut trend 10 tahun lepas, kenaikan adalah melebihi 20%setahun = 20%x10922 =  2184.4x12tahun = RM26212.8 (kenaikan harga) + 10922 = Harga emas anda seberat 100g selepas 12 tahun iaitu RM37134.8
3)Keuntungan dari emas seketul 100g yg anda tidak keluar modal satu sen pun = RM10922

Jumlah keuntungan selepas 12 tahun= Kenaikan harga + hibah + emas 100g yg modalnya anda tidak keluarkan= RM26212.8 + RM24626 + RM10922 = RM61760.8

Jadi saya katakan, 12 tahun dari sekarang anda akan dpt keuntungan RM61760.8 dari 0 modal jika anda bertindak dari sekarang, itu pun jika anda bertindak membeli HANYA 100g emas, cuba anda kira jika anda membeli 300g atau lebih banyak lagi.

  1. M.SHAPARI HASBULLAH
    21/08/2008 at 2:39 am

    MACAM MANA SAYA HENDAK MEMULAKAN PELABURAN EMAS INI??

    JAWAB:

    kena melalui ejen, saya dah forward kan no hanset anda kpd ejen yg akan hubungi anda, harap dia akan hubungi anda

  2. pak tam
    29/08/2008 at 7:03 am

    forward kan kat sayer juga kat email sayer

  3. halim
    02/09/2008 at 5:58 pm

    Sesiapa berminat boleh hubungi saya bile2 masa kerana saya juga telah membeli dgn menggunakan personal loan di bank rakyat. alhamdulillah dah 3 bulan n hibah berjalan dgn lancar.

    Etika Emas Physical Gold Trader
    Halim
    014-xxx

  4. Azwan
    10/09/2008 at 7:12 am

    sy jga berminat hendak memulakan pelaburan emas nih. emailkan kpd sy..
    terima kasih

  5. R Ismail Ahmad
    06/10/2008 at 4:35 am

    Saya adalah agen berpangkat Supervisor Public Mutual Bhd dan berminat nak jadi agen pelaburan emas. Harap Boleh bantu. 0199112568- R Ismail Ahmad

  6. Cekgu & Cekgi
    06/10/2008 at 10:45 am

    Sy pun kerja dgn gomen jygak n dah beli pun emas dr etika ni.. bulan2 pun dh dpt duitnyer.. sape yg berminat blh emel sy di cekgucekgi@gmail.com. TQ

  7. joe
    07/10/2008 at 7:34 am

    sy juga berminat untuk menyertai pelaburan emas etika nih… mcm mana nk bermula?

  8. pon
    16/10/2008 at 2:40 am

    saya nak jugak..!!
    012-4350205

  9. Cekgu & Cekgi
    18/10/2008 at 6:12 pm

    Yg berminat area KL dan lembah klang blh emel sy..🙂 kite jumpa di HQ

  10. AZMAN BIN AHMAD
    20/10/2008 at 8:06 am

    Ingin mengetahui lebih lanjut.

  11. husna
    06/11/2008 at 3:47 am

    saya berminat nak sertai pelaburan ini,sila hubungi saya 019-6653944 atau sms no ejen yg berdekatan. saya berada di taiping..

  12. hempedu
    08/11/2008 at 9:01 am

    saya memang dah lama minat tapi kat sarawak tak ade ajen tu yang buat terbantut.

  13. rosihan
    16/11/2008 at 2:14 pm

    saya pun berminat, tapi tak tau macam mana nak mula. saya berada di pontian. email saya seehan77@yahoo.com

  14. kamarul
    24/11/2008 at 6:27 am

    saya ingin mengetahui lebih lanjut program ini. sila hubungi saya di talian 012-7521922 atau email alisonaji@yahoo.com

  15. 30/11/2008 at 3:53 pm

    saya juga berminat nk buat pelaburan ini. bagaimana nk mula. saya berada di bt.caves. email saya: emirs7@gmail.com

  16. 30/11/2008 at 5:29 pm

    emirsa7@gmail.com salah email. nak tanya .. hibah tuh boleh dikeluarkan tiap bulan ke?

  17. NORHASSFAIZA BT RAHIM
    02/12/2008 at 1:15 am

    saya pun berminat,boleh terangkan cara bagaimana untuk saya menyertainya.saya berada di Puncak Alam , Kuala selangor

  18. Kesian tgk korang
    04/12/2008 at 6:19 am

    Risiko pelaburan begini ialah bila Bank Rakyat tidak lagi membenarkan gadaian emas dari Etika Emas (mungkin atas arahan Bank Negara)

    Bila “cash flow” Etika Emas terencat, korang punya hibah pun terencat.

    Yang rugi korang jugak.

    Simpan je dalam Tabung Haji. Siap bayar zakat sekali.

  19. 08/12/2008 at 2:49 pm

    assalam’mualaikum ,

    Saya dan beberapa rakan syer partner saya berminat tentang pelaburan duit dalam bentuk emas. boleh berikan saya more detail bout it. atau sila hubunggi saya :- 013-9757928

  20. wan bashiroh
    16/12/2008 at 8:17 am

    saya juga berminat untuk melabur dlm etika emas ini, tlg frwd untuk sy sekali.. tq

  21. nor mohammad
    11/01/2009 at 9:19 am

    sy pun berminat.ada ajen kat penang x.0162462235

  22. 22/01/2009 at 1:57 am

    perlu di ingat bhawa masih ader lagi emas etika yg telah dipajakkan bersama pembeli di dalam ar rahnu. Sebab tu etika tambah lagi 1 ketul bila pajak sbg jaminan in case etika emas drop.

    Ar rahnu juga telah membuat profit hasil dari pajakan oleh pembeli2 dari etika emas ini.

    berminat boleh emel kpd cekgucekgi@gmail.com. tq

  23. JetLee
    27/02/2009 at 7:43 am

    Bg aku senang dpt duit senang lingkup. Gitulah sejarahnya selama ini. Semuanya tkubur n melayu xhabis2 berangan.

    Aku tetap nk penjelasan KENAPA Rasulullah SAW kena keje teruk tgh padang pasir ternak kambing2nya n tgu btahun utk dijual dgn merantau bbatu2 bbulan2 lama sebelum dpt hasil n jadi kaya ???? Ko org sambil korek idung n goyang kaki ‘just’ tgu hibah tiap bulan.. Wah! hebat lu org dari baginda rasul sendiri????

  24. 24/03/2009 at 3:38 am

    Kepada encik hempedu..
    Kami adalah syarikat agensi Etika Emas bagi negeri Sarawak (Etika Emas East Malaysia Sdn. Bhd.)
    Diharap anda akan menghubungi kami.
    tel: 082-232351
    fax: 082-232352

  25. azie
    04/04/2009 at 10:26 am

    salam. saya terpanggil nak komen. pandangan saya yang terlibat dlm ar-rahnu ni memang bagus.. idea saya kalau korang nak labur.. ada duit sikit labur le sikit.. tak yah pinjam.. contoh ada rm5k beli le emas jongkong tu rm5k.. lepas tu simpan kat arrahn. duit yg dpt dr ar rahn tu boleh g beli emas lagi.. cukup tempoh wat le tebus gadai.. bila rasa-rasa tak nak sambung biarle diorang lelong.. cover modal dan ada untung lagi sebab harga emas tak kan jatuh.. naik-tetap naik..

  26. miey kajang
    07/04/2009 at 1:10 pm

    aku masih ragu2 dalam pelaburan ni. aku dah ada emas jokong pusaka 1000g (1kg). tapi macam mana nak melabur..

  27. 17/04/2009 at 4:29 pm

    haa sape yg leh jawab soklan JetLee tu?
    dan nak tanye JetLee la.. JetLee ada akaun ASB tak?

  28. chick
    21/04/2009 at 9:00 am

    saya tinggal d kelantan,camana saya nak join ? ada tak pjbat etika d kelantan?

  29. Shahinzinda
    26/04/2009 at 8:20 am

    Kepada JetLee,

    Mengapa nak dibandingkan pekerjaan Rasulullah s.a.w dgn kehidupan seharian kita??
    Sedangkan baginda sendiri bersabda “Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu”

    Baginda ditakdirkan utk menjadi pengembala kambing sebab melatih utk menjadi pemimpin. Btw baginda bukan ditakdirkan utk menjadi seorang pengumpul harta kekayaan.

    Cuba pikir kita yg mkn gaji nih.. Kita yg dok keje hempas pulas, tapi yg untung boss kita yg selalunya dok lepak je tapi masyukk jugak.. Kenapa??

    Zaman kita nih kita kena smart sikit. Rezeki halal dan mudah so pegi jelah. Nak tya kenapa ko tak pi jadi gembala kambing tgh2 padang pasir tu???

  30. roselie
    16/05/2009 at 9:48 am

    salam semua,

    saya rasa apa-apa yang kita hendak buat mengenai pelaburan emas hendaklah kita kaji terlebih dahulu tanya kepada yang pakar . Pelaburan emas ni memang baik secara keseluruhannya cuma waspada terhadap orang yang mengambil kesempatan atas kebodohan kita.

  31. anak emas
    25/05/2009 at 8:00 am

    nak tanyala.. saya ada call bank negara.. tapi org kat bank negara tak galakkan beli sebab die cakap bank negara tak pernah mengeluarkan apa2 surat/sijil/lesen kepada etika emas. ada komen tak?? saya betul berminat nie.. tolong.

  32. 12/06/2009 at 1:54 am

    salams..
    kalau korang ragu2..korang kalau ade tunai..beli aje emas..nanti kalau harga emas dah tinggi,jual je la balik,tapi takde la kaya cepat..ni utk kentungan jangka panjang,mungkin hasilnya dapat dilihat dengan ketara pada 10 tahun keatas..kalu nak buat loan ni,aku recomend pikir2kanlah..
    aku pun baru gak beli emas dari nubex,tapi secotet aje..
    just utk anak2 bila diaorang dah besar nanti.kalau takde duit,hah, jual aje emas tu..ahaks..
    w’salam

  33. erniza
    15/06/2009 at 6:37 am

    saya juga berminat..
    tp saya jauh kat sabah..
    so sapa2 bleh bantu tlg email saya segera..TQ

  34. mat gangsa
    15/06/2009 at 7:29 am

    manusia klu diberi segunung emas pun tak kan cukup. lagi dua tiga gunung dia mintak

  35. kira_emas
    19/06/2009 at 11:35 am

    cadangan aku pada semua…tak payahlaa masuk skim nii pasal risiko dia kat pelabur yang teruk kalau jadik apa2 hal. aku dah check bank negara yang company nii tak ada lesen untuk ambik deposit dari orang ramai…just imagine kalau BNM ambik keputusan untuk siasat company nii..dah tentu suma aktiviti diorng akan dibekukan.

    skim ini sangat berisiko tinggi kepada pelabur2 dan meragukan dari segi syarak.

    1. Etika ambil duit gadaian bersama dan membayar RM300.00 setiap bulan. apa hukumnya???

    2. Jika etika di siasat oleh BNM (kerana tiada lesen collect duit)…siapa yang akan menebus balik emas2 tersebut.pelabur bukan…mari kita buat matematik…

    – Harga emas semasa beli = RM 13000
    – Etika bagi lagi satu emas = RM 13000

    Jumlah nilai emas = RM 26000

    – Pergi bank rakyat gadaikan emas (65% dari value) = dapat 16900.00

    – Bagi duit tu kat etika (takde lesen nii)

    – sekarang ada 2 option, pertama kita tebus balik dan kedua bank lelong.

    – kalau tebus balik kita kena bayar RM 16,900 + (kos simpan yang diterankan di bawah) utk mendapatkan emas yang mungkin pada masa itu (selepas 6 bulan) berharga RM 29,120.00 (berdasarkan harga emas sebelum yang meningkat sebanyak 12% enam bulan).

    – untuk menebus balik kita juga perlu membayar kos simpan iaitu sebanyak RM0.75 setiap RM100.00
    nilai emas yang disimpan.Jumlah nilai simpan = RM26000/100 * 0.75 menjadikan RM195 sebulan.Jika 6 bulan bersamaan dengan RM1170.00

    – Mari kita lihat amaun yang dibelanjakan utk memperolehi emas bernilai RM29,120.

    – kita membeli emas pertama denga harga RM13,000 ditambah dengan nilai tebus balik bernilai RM16,900.00 + kos simpan iaitu RM1170.00. Jumlah keseluruhan adalah RM 31070.00

    – Disini kita terang terang rugi sebanyak RM 31070.00 – RM29,120 iaitu RM 1950.00

    Option ke 2..suruh bank lelong.. saya bertanya kepada kawan saya yang pernah membuat gadaian di al rahnu dan kemudian tidak mampu menebus balik barang itu …menurutnya bank akan lelong dengan harga 50% dari nilai semasa.Mari kita ambil nilai semasa emas adalah RM29,120.00. Hasil lelongan yang didapati dari bank adalah RM29,120 / 2 = RM14,560.00

    – Di sini kita kerugian besar kerana kita terpaksa membayar semula bank baki yang dipinjamkan kepada kita iaitu sebanyak RM 14,560 – RM16,900 (nilai gadaian). Di sini kita terpaksa membayar bank sebanyak
    RM2340.00 dan kita tidak mendapat apa2 dari hasil tadi..senang cerita kita kerugian RM13,000 ditambah RM2340.00.

    Nasihat saya…jauhilah dari sistem ini…sangat berisiko..sekarang ini mungkin tiada masalah pembayaran..tapi siapa boleh jamin ?? adakah bank negara??.. adakah kertas perjanjian dengan pelaksanaan undang2 negara kita yang slow nii???

    tepuk dada tanya iman

  36. mohd feisol bin hj hashim
    16/07/2009 at 1:43 pm

    macam mana nak jadi ejen sebelah utara ni.

    • khairul
      16/07/2009 at 7:29 pm

      Nak jadi ejen kat mana-mana pun takpe…tapi seelok nya kawasan kita tinggal…mudah je…kalau betul2 berminat saya akan akan bantu dari A to Z, yang penting sedia kan cash minima RM30K, dan kita akan dibekalkan dengan emas yang setara dengan jumlah cash tersebut. Banyak kelebihan dan keuntungan menjadi ejen ni..trust me!! Promotion ni hanya untuk jadi ejen Public Gold dan kami dah stop promoting etika emas, tq.

  37. kamalrul
    18/07/2009 at 8:05 pm

    Salam,
    Saya lebih berminat utk membeli emas ketul ini dan kalau nak bg info pasal skimnya sekali pon bagus juga. Tolong bg respond ke email saya…

    • khairul
      18/07/2009 at 10:01 pm

      Beli emas ketul Public Gold jauh lebih murah dari emas ketul yang dijual oleh etika emas…sila semak harga harian dan ketulenan emas Public Gold adalah 24k, manakala emas Pamp Suiss yg dibekalkan oleh etika walaupun dicop 999.9 tapi Bank Rakyat hanya mengredkan 22k (950), sila kaji dengan teliti

  38. Pacat Ori
    03/09/2009 at 12:47 am

    Ni saya nak bagitahu berkenaan dengan perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat Etika Emas semasa mula2 kita nak sertai syarikat ni.

    Pada permulaan, kita dikehendaki membayar RM100 sebagai urusan dokumen serta perjanjian yang dibuat untuk setiap 1 perjanjian selama 6 bulan. Tapi apabila tempoh 6 bulan telah berakhir dan ingin menyambung semula perjanjian yang baru, kita dikehendaki membayar sekali lagi urusan dokumen perjanjian.

    Kalau diikutkan, urusan dokumen hanya melibatkan RM100 sahaja sebagaimana seperti dokumen yang mula2 dahulu dan ianya akan dipotong daripada jumlah pembayaran berjadual. Tapi yang peliknya, kenapa bila urusan baru dibuat pelabur tidak akan mendapat apa2 bayaran berjadual pada bulan pertama perjanjian baru. Sedangkan jumlah bayaran berjadual yang diperolehi oleh pelabur melebihi RM100 mengikut jumlah pelaburan emas mereka.

    Misalnya setiap bulan pelabur akan mendapat RM600, tapi bila perjanjian baru dibuat, pelabur tidak akan mendapat apa2 bayaran pada bulan pertama dengan alasan wang digunakan untuk urusan dokumen perjanjian. Jadi di manakah lagi baki RM500 setelah ditolak RM100 untuk urusan dokumen perjanjian? Adakah ia digunakan untuk membayar gaji pekerja yang sering tertunggak dan tidak terbayar oleh Etika Emas? Kalau bukan, kenapa urusan bayaran dokumen melebihi RM100? Kalau RM1000 tiap2 bulan maka RM1000 jugak lah yang lesap kononnya atas urusan dokumen!

    Dan 1 lagi perjanjian yang dibuat oleh Etika Emas kepada pelabur supaya yakin dan terus menyertai skim ini ialah ( dengan manis mulutnya ) kalau pembayaran berjadual kepada pelabur terlewat walaupun 1 hari, dengan secara rasminya kepingan emas milik Etika Emas yang digadaikan bersama kepingan emas pelabur di Ar-Rahnu akan menjadi hak milik mutlak pelabur. Kononnya sebagai jaminan kepada kepercayaan pelabur, tapi yang terjadi sebaliknya di mana pembayaran berjadual bukannya 1 hari lewat malah sampai 3-4 hari. Dan bila kita hendak tuntut kepingan emas milik Etika Emas yang sepatutnya telah menjadi milik kita kerana telah melanggar syarat pembayaran berjadual, macam2 alasan yang pihak Etika Emas bagi. Kononnya nak bincang dengan orang atas la, dengan orang kat K.L la, dengan H.Q la dan macam2 alasan yang direka. Kalau dah langgar perjanjian tu, bagi je la. Nak buat alasan apanya lagi. Perlu diingat, wang pelabur yang dilabur bukannya RM1.50 tapi ribu2 tau tak!

    Dah la sekarang ni pelabur kena sertai Koperasi Etika Emas jikalau mahu pembayaran berjadual dimasukkan ke dalam akaun. Nak sertai koperasi ni pun 1 hal jugak, ada ke pelabur dikenakan bayaran RM70 tunai. Sedangkan masalah ni bukannya berpunca dari pelabur tapi dari Etika Emas sendiri jadi kenapa pula pelabur yang kena tanggung?

    Oleh itu kepada sesiapa yang ingin atau berhajat nak sertai Etika Emas ni, saya harap perlu beringat, teliti dan berhati2 dengan perjanjian serta mulut manis mereka. Paling tidak pun selidik dahulu perjalanan atau modus operandi mereka. Ni berkenaan dengan syarikat Etika Emas di negeri Kelantan.

    Patutlah makin ramai pelabur yang telah menjual pelaburan mereka daripada terus rugi! Kita dengar apa alasan yang direka pihak Etika Emas nanti. Sekarang ni pun mungkin tengah fikir nak reka alasan, bimbang pelabur pakat lari. Jawab jangan tak jawab! Reka alasan jangan tak reka! Silap reka, kena balik. Ingat tu, pakat reka alasan ramai2, ambik sikit sorang idea.

  39. Terkena
    04/09/2009 at 2:19 pm

    Ni pe cite ni? Emas aku yang kat dalam Ar-RAhnu tak tebus-tebus pun lagi oleh Etika Emas. Tempoh matang pun dah habis iaitu 25/8/09 dengan 28/8/09. Etika Emas buat senyap je, takde pun kontek aku cakap nak gi tebus emas aku 4 ketul yang kat dalam Ar-RAhnu.
    Tiap kali aku telefon, jawapan yang aku dapat ” dalam masa terdekat semua selesai… ”
    Dalam masa terdekat apanya lagi, dah berapa lama dah ni. Bukan makin dekat tapi makin jauh ada la!
    Suruh isi borang Koperasi Etika Emas pun aku dah isi, siap kena bayar RM70 lagi. Kononnya kalau tak jadi ahli Koperasi Etika Emas duit tak akan dikeluarkan. Jadi borang aku dah isi, so mana duitnya? Kempen bukan main lagi hebat, tapi KOSONG! Kut-kut mana pun korang kena tebus jugak emas aku yang 4 ketul tu. Dah la duit gadai emas aku korang dah sapu!
    Hah, sape nak tolong jawab soalan aku ni… Jawab jangan tak jawab! Nanti makin ramai lari nanti. Tapi jawapan tu biar ada tindakan, jangan setakat main jawab kosong. Kalau setakat jawapan kosong, sape-sape pun boleh jawab. Janji jawab je!

  40. Orang Luar Dalam!
    06/09/2009 at 2:01 am

    Nampaknya sekarang dah betul-betul terjadi apa yang aku jangkakan pasal jumlah duit pembayaran berjadual.
    Ni nak bagitahu ni, dulu pelabur dapat RM300 setiap pelaburan. Sekarang ni dah kurang pulak dah… Sekarang Etika Emas cuma bayar RM260 je!
    Tengok la tak lama lagi… Aku rasa makin kurang je nanti, Puak-puak ni akan cuba jugak nak kurangkan pembayaran berjadual sampai ke RM200 je tapi diaorang akan buat secara sikit-sikit dengan macam-macam alasan. Tengok la nanti!
    Emas aku 4 ketul yang kat dalam Ar-RAhnu tu pun tak ditebusnya lagi. Surat dari Bank Rakyat dah lama dah sampai suruh aku tebus tapi puak Etika Emas ni senyap je sampai sekarang. Langsung tak talipon aku tanya khabar. Sebelum ni bukan main rajin lagi puak-puak Etika Emas ni talipon aku! Takkan nak LARI kut… Tak payah la nak cuba-cuba lari, tak ke mananya.
    Malaysia ni bukannya besar pun, tambahan pulak ramai yang dah terkena, boleh dikatakan 1 Malaysia. Sampai ada yang bergadai dan berhutang. Jadi senang la nak jumpa sebab semua pakat-pakat intai!
    Ada sapa-sapa yang rasa diri dia pejuang Etika Emas nak jawab masalah ni? Tapi jangan guna alasan kononnya sebab Koperasi Etika Emas. Bukan ke koperasi tu bawah Etika Emas jugak? Jadi pandai-pandai la urus supaya tidak membebankan lagi pelabur. Tak kan la yang ni pun nak kena bagitau jugak!
    Masalah berpunca dari Etika Emas, bukannya dari pelabur sebab pelabur dah bagi semua duit gadaian emas mereka. Jadi bukannya tanggungjawab pelabur nak tanggung masalah ni.
    Kalau dah terima duit dari pelabur tu, selesaikanlah! Jangan nak babitkan pelabur pulak.

  41. Serbuk Emas Je...
    07/09/2009 at 1:27 am

    KEPADA SESIAPA YANG MENDAPAT ATAU TERBACA TAWARAN DARIPADA MANA-MANA SYARIKAT KONONNYA NAK BELI ATAU NAK TOLONG TEBUS EMAS-EMAS YANG BERADA DI DALAM AR-RAHNU PERLU MENGAMBIL BERAT BEBERAPA PERKARA :-

    1. MEMPUNYAI LESEN PERNIAGAAN YANG BERKAITAN.

    2. PEMILIK SEBAGAIMANA DI DALAM LESEN.

    3. MEMPUNYAI SIJIL DAFTAR SYARIKAT *(Lesen Niaga dan Daftar Syarikat Adalah 2 Perkara Yang Berlainan).

    4. NAMA SYARIKAT SAMA SEPERTI DALAM DAFTAR SYARIKAT.

    5. MEMPUNYAI NO TELEFON YANG BERDAFTAR DENGAN TELEKOM.

    6. PERIKSA SAMADA SYARIKAT TELAH ATAU BARU DITUBUHKAN

    7. PERIKSA STATUS AKAUN SYARIKAT DENGAN BANK YANG TERLIBAT.

    8. BUAT PERTIMBANGAN YANG WAJAR APABILA DITAWARKAN DENGAN CEK PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN TEMPOH MASA YANG AGAK LAMA UNTUK DITUNAIKAN *(Fikir Sehabis-Habisnya Sebelum Terima. Jangan Menyesal Kemudian Hari…)

    TUJUAN SAYA MENGINGATKAN KEPADA PELABUR-PELABUR SEMUA ADALAH KERANA HENDAK MENGELAKKAN DARIPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERTENTU MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PELABUR-PELABUR YANG DALAM KEADAAN BINGUNG SEKARANG NI.

    JIKA DOKUMEN HAKMILIK EMAS TELAH DITANDATANGANI, MAKA DENGAN RASMINYA HAKMILIK EMAS-EMAS PELABUR AKAN BERTUKAR TANGAN DAN PELABUR-PELABUR SUDAH TIADA HAK KE ATAS EMAS-EMAS MEREKA.

    JIKALAU TEMPOH CEK PEMBAYARAN MEMAKAN MASA TERLALU LAMA UNTUK DITUNAIKAN, INI AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG CUBA ‘MENANGGUK DI AIR YANG KERUH’ INI LARI BERSAMA DENGAN WANG HASIL LELONGAN EMAS PELABUR. KEMUNGKINAN ALASAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN JUGA AKAN DIGUNAKAN NANTI.

    LAGI RAMAI PELABUR YANG TERPEDAYA, LAGI BANYAKLAH BAKI WANG LELONGAN EMAS DAPAT DIKUMPULKAN CUMA DENGAN BERMODALKAN KERTAS YANG BERWARNA DAN LAMBANG BANK TERTENTU, LEPAS TU TULIS RM RIBU, RIBU… NAK BAGI PARA PELABUR RASA YAKIN!

    SEMENTARA ITU CEK-CEK PEMBAYARAN YANG DITERIMA MASIH LAGI BELUM DAPAT DITUNAIKAN OLEH PELABUR KONONNYA MASIH BELUM CUKUP TEMPOH UNTUK DITUNAIKAN. SEDANGKAN INDIVIDU TERBABIT DAH PUN JADI DAVID COOPERFIELD HILANGKAN DIRI ENTAH KE MANA!

    NO HANDPHONE YANG DIBAGI PULAK ASYIK PEREMPUAN JE YANG JAWAB ‘NO YANG ANDA DAIL, TIADA DALAM PERKHIDMATAN. TERIMAKASIH…’

    SAMA LA TERIMAKASIHNYA INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT KEPADA PELABUR-PELABUR YANG RELA HATI ‘SERAHKAN’ EMAS-EMAS KEPADA MEREKA!

    SAYA DI SINI CUMA TOLONG INGATKAN SAHAJA KEPADA PELABUR-PELABUR YANG INGIN SAMBUT ‘SALAM MESRA’ DARI INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG BUAT TAWARAN SEPERTI INI. TERPULANG KEPADA PARA PELABUR YANG NAK MENENTUKANNYA…

    OH YA, NI NAK BAGITAU NI…
    ETIKA EMAS CUMA AKAN BAGI RM260 JE SETIAP BULAN. BUKAN LAGI RM300 SEPERTI BIASA. KALAU NAK TAHU CUBA-CUBA LA TANYA ETIKA EMAS. DENGAR ALASAN APA DIA BAGI… MESTI GUNA ALASAN KOPERASI!
    JADI TAK HAIRAN LA NANTI PELABUR CUMA DAPAT RM200 SUATU HARI NANTI MENGIKUT 2 KETUL EMAS DAN TAK HAIRAN JUGAK SUATU HARI NANTI ETIKA EMAS AKAN BAGI ALASAN-ALASAN SEBAB TAK NAK BAGI PARA PELABUR PERASAN DAN SEBAB NAK BAGI PELABUR PERCAYA DENGAN ALASAN YANG DIBAGI NANTI!

    SEKIAN…

  42. Serbuk Emas Je...
    08/09/2009 at 1:29 am

    BARU JE SERBUK EMAS BAGI PERINGATAN TENTANG CEK PEMBAYARAN TEBUS EMAS YANG MEMERLUKAN MASA YANG AGAK LAMA UNTUK DITUNAIKAN, ADA PULAK ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG TUKAR TAKTIK KONONNYA NAK BAGI WANG TUNAI RIBU-RIBU KEPADA PELABUR SUPAYA DAPAT TEBUS EMAS MEREKA DI AR-RAHNU…

    NI SERBUK EMAS NAK KENA BAGI TIP PULAK NI!

    1. JANGAN SEKALI-KALI TANDATANGAN SURAT SERAH HAKMILIK EMAS SEBELUM WANG TUNAI DISERAHKAN KEPADA PELABUR UNTUK PENEBUSAN EMAS DI AR-RAHNU. ( biasanya helah ‘Kena tandatangan dulu, baru la wang tunai dapat dikeluarkan…’ selalu digunakan )

    2. CUBA DAPATKAN SENDIRI HARGA NILAI EMAS DI PASARAN PADA KETIKA ITU. SEMASA HARI NAK BERURUSAN DENGAN ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU TERBABIT. ( ni penting ni! )

    2. BILA EMAS SUDAH DITEBUS, JANGAN TERUS SERAH KEPADA ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU TERBABIT SEBELUM PENGIRAAN DAN PENYERAHAN WANG BAKI NILAI EMAS DIBUAT. ( simpan dan bawa sendiri ke ‘syarikat’ atau individu terbabit )

    3. BAWA TEMAN SEWAKTU URUSAN SEDANG BERJALAN SEHINGGA URUSAN SELESAI ( paling kurang 2 orang. Ni pun sebab nak tolong ‘kejut’kan sikit pelabur bila dah pening dengar ‘hujah-hujah’ yang akan diberikan oleh ‘syarikat’ atau individu terbabit )

    4. BILA URUSAN SELESAI DAN BERPUASHATI DENGAN JUMLAH PENGIRAAN BAKI WANG YANG DAPAT, BARULAH SURAT SERAH HAKMILIK EMAS DAN RESIT PEMBELIAN EMAS DISERAHKAN. ( biasanya time ni la puak-puak ni akan keluarkan hujah-hujah yang akan peningkan kepala sebab nak untung lebih. Masa ni biasanya pelabur tak ingat apa dah sebab RM dah ada dalam tangan, janji dapat RM je… JADI JANGAN PENINGKAN KEPALA ANDA! )

    SEKIAN,

    * banyak betul la syarikat yang ujud bila time-time macam ni…

  43. Serbuk Emas Je...
    09/09/2009 at 3:29 am

    Serbuk Emas ada riki sikit-sikit tentang sorang pembeli emas ni. Setelah di tolak campur dengan jual beli semula emas, jumlah yang dapat RM18,700 bagi 6 ketul emas yang ada dalam Ar-Rahnu. Agak-agak korang semua, boleh ke dengan harga tu?

    Tapi 6 ketul emas tadi belum lagi dijualnya sebab pelabur tu tengah fikir berpatutan ke tidak dengan jumlah yang dia dapat. Tambahan pulak pelabur tu ada lagi 4 ketul emas dalam simpanan Ar-Rahnu dan masih lagi belum dijualnya.

    Mungkin jugak pelabur tu tunggu kut-kut ada yang dapat tawarkan dia dengan harga yang lebih sikit. Bayangkan 6 ketul emas dia cuma dapat RM18,700 kalau 4 ketul emas je, entah berapa yang dia akan dapat agaknya…

    Jadi kepada para pembeli emas yang dapat tawarkan lagi harga yang lebih sikit diminta hubungi pelabur tersebut sebab dia ada 10 ketul emas semua sekali. Kiranya 1 kg emas dah tu! Pelabur tu tinggal di negeri Kelantan Darul Naim.

    Kalau ada para pembeli yang berminat, sila tinggalkan no telefon dengan seberapa segera dan Serbuk Emas akan bagitau kat dia agar dapat berurusan secara terus dengannya.

    Sekian…

  44. Serbuk Emas Je...
    11/09/2009 at 1:01 am

    NI APA HAL PULAK ETIKA EMAS NI. MACAM TAK NAK TEBUS BALIK JE EMAS-EMAS PELABUR YANG ADA KAT DALAM AR-RAHNU TU! MULA-MULA DULU SURUH ISI BORANG KOPERASI ETIKA EMAS ATAS ALASAN SEBAB NAK KELUARKAN DUIT KEPADA PELABUR UNTUK TEBUS BALIK EMAS-EMAS PELABUR YANG KAT DALAM AR-RAHNU. SIAP DIMINTA BAYAR RM70 SEBAGAI BAYARAN ISI BORANG KOPERASI.

    KALI NI PULAK, BILA TUNGGU PUNYA TUNGGU. SURUH ISI BORANG PULAK LAGI. DENGAN ALASAN SAMA, NAK KELUARKAN DUIT UNTUK TEBUS EMAS PELABUR DI AR-RAHNU. SAJA JE SURUH ISI BORANG ITU BORANG INI SEBAB NAK BAGI ALASAN. KEJAP LAGI NI MESTI ADA PULAK BORANG LAIN YANG NAK KENA ISI SEBAB NAK LAMBATKAN LAGI BAYARAN DENGAN ALASAN YANG SAMA ‘NAK KELUARKAN DUIT UNTUK TEBUS EMAS-EMAS PELABUR’

    SAMPAI BILA NAK ISI BORANG NI? DUIT PULAK TAK DAPAT-DAPAT PUN LAGI. YANG DAPAT HANYA BORANG ITU LA, BORANG INI LA. LAST-LAST PELABUR ASYIK ISI BORANG JE DENGAN HARAPAN DAPAT BAYARAN DARI KOPERASI ETIKA EMAS. EMAS-EMAS PELABUR YANG KAT DALAM AR-RAHNU PULAK DAH ‘LEBUR’ BUKANNYA DILABUR!

    SEKIAN…

    *ntah la, sampai bila nak selesai masalah ni. asyik nak mengelak je kerjanya…

  45. 14/11/2009 at 2:40 pm

    bagi sesiapa yang nak jual emas etika emas di bank rakyat atau ada kat tangan boleh hubungi kami di hafizjewel (hafiz 012-3349940, shahrul 012-2301015) kami beli dan tebus untuk anda

    semalam tv laporkan duit swiss cash, Bank Negara akan dipulangkan kepada pelabur, jadi pelabur etika emas x perlu risau, jual je emas etika emas itu, dan nanti modal yang disimpan oleh bank negara, akan dikembalikan semula oleh Bank negara, insyallah.. dapat balik duit

    HAFIZJEWEL.COM

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: