Archive

Posts Tagged ‘Gold’

Penemuan emas di Kg. Jelutong, Pendang, Kedah dan Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor

03/07/2009 2 comments

Penduduk Pendang sibuk cari emas

(BH Online 3 Julai 2009)

PENDANG: Penduduk Pendang kini sibuk mencari emas di tapak kuari di Kampung Jelutong, Tobiar di sini, sejak ketulan emas dilaporkan ditemui oleh beberapa pekerja kuari dua hari lalu.

emaskTinjauan Bernama mendapati beratus-ratus penduduk berduyun-duyun membawa peralatan untuk mencari emas.

“Mula-mula saya pun tak percaya dalam ketulan batu kuari ini ada emas. Tapi bila dengar ada orang dah jual emas, saya pun datang mencuba nasib. Saya tengok memang macam ada ketulan berwarna kuning dan bersinar-sinar di celah-celah batu kuari yang berwarna hitam ini,” kata Niza Samsudin, 25, dari Kampung Banggol Temak.

Semua ahli keluarganya turut mencari emas bersamanya.

Seorang pelajar, Amirul Anas Amirul Rashid, 13, berkata dia datang mencari emas setiap petang sejak Rabu lalu.

“Pada mulanya ibu bapa saya tak izinkan saya cari emas ini, tapi apabila saya bawa balik tunjuk kepada mereka, ibu bapa saya pun turut datang mencari bersama.

“Kami nak kumpul banyak-banyak dulu, lepas ini baru jual,” katanya.

Abdul Halim Abdullah, 66, yang menetap lebih 30 tahun di kampung tersebut, berkata ini adalah kali pertama laporan emas dijumpai di kampung itu.goldmining

“Jika benar ketulan kuning di dalam batu adalah emas, kami yang kebanyakannya bersawah tentu bertuah kerana dapat menjana pendapatan tambahan,” katanya. – Bernama

Obsesi emas – Bertan-tan emas tersembunyi

(Kosmo 3 Julai 2009)

Pagi Rabu itu, Sulaiman Tujuling, 76, pantas menghirup kopi O panas bersama isterinya, Halimah Amri, 73. Usai mengalas perut, pasangan tersebut mencapai kuali dan peralatan lain untuk ke pantai. Mungkin janggal jika diperhatikan pada kelengkapan yang digalas dengan destinasi yang hendak dituju.

Apa yang menanti mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor sebenarnya jauh menandingi keseronokan bermandi-manda. Pasangan ini hendak mendulang emas!

Cubaan pertama mendulang di lokasi baru itu bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri bagi Sulaiman dan Halimah, malah ‘pesta mendulang’ di situ sudah bermula mendahului sarapan mereka tadi.

dulangmas

“Saya mendulang sejak tahun 1957 tetapi ini kali pertama kami mendapat emas yang banyak. Biasanya kami mendulang di Teluk Iskandar tetapi tak sangka, percubaan kami di tempat baru ini dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Seharian di pantai, kami memperoleh kira-kira 12 gram emas dan apabila dijual, kami mendapat RM800,” katanya.

Kisah ‘durian runtuh’ Sulaiman dan isterinya pantas tersebar ke seluruh negara dan menarik minat luar biasa orang ramai untuk datang mendulang di situ.

Buktinya, jika sebelum ini nama Kampung Sri Pantai hanya terkenal di kalangan penduduk setempat, kini masyarakat luar bukan sahaja bercerita malah berpusu-pusu ke kawasan tersebut untuk mendulang emas.

Bagi suri rumah, Halimah Sidin, 56, dia sanggup datang dari Minyak Beku, Batu Pahat untuk bersama ribuan pendulang lain mencuba nasib.

“Saya datang bersama seorang anak dan dua cucu. Kami membawa tiga kuali dari rumah dan sanggup berembun mendulang dimulai tengah malam sehingga air pasang keesokannya.

“Ini kali pertama saya datang mendulang. Semalam saya cuma dapat beberapa gram, itu yang membuatkan kami berkhemah di sini dan terus mendulang dengan harapan untuk dapat lebih banyak emas,” katanya.

Biarpun fenomena emas ‘timbul’ jarang berlaku dan hasil yang dijanjikan tidak menentu, ia tidak melemahkan semangat orang ramai untuk turun mendulang di situ.

gold-coins-bullionEmas sentiasa berada di dalam senarai komoditi teratas yang ingin dimiliki oleh manusia kerana nilainya yang tinggi dan kalis inflasi


Menjelang hujung minggu, keadaan lebih meriah malah ramai yang sanggup mendirikan khemah dan menjadikan kenderaan sebagai tempat untuk melelapkan mata setelah seharian mendulang emas.

Sekalipun sudah hampir dua tahun berlalu, pesta mendulang di Mersing mungkin akan berlaku lagi selepas ini tetapi kali ini lokasinya belum dapat dipastikan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abdul Razak, kejadian yang dikenali sebagai gold rush itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan lokasinya juga pelbagai kerana proses pemineralan boleh berlaku di mana-mana.

“Sebelum ini gold rush juga pernah dilaporkan di Lubuk Mandi, Rusila, Marang, Setiu dan Mersing. Emas yang ditemui itu terhasil daripada geseran yang berlaku di kerak bumi menyebabkan emas yang selama ini ‘tersimpan’ terangkat ke permukaan bumi,” katanya.

Yunus memberitahu, kejadian yang membuka peluang kepada ribuan pendulang itu bagaimanapun tidak sesuai untuk dijadikan lokasi perlombongan sistematik.

“Atas ihsan kerajaan negeri, orang ramai boleh mendulang sehingga JMG mengeluarkan arahan pemberhentian atas faktor keselamatan,” kata beliau yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Advertisements

Yang mana lebih menguntungkan Pelaburan emas Public Gold vs Etika Emas?

28/06/2009 34 comments

EtikaEmasLogogoldbar

Program penyimpanan emas Etika yang memberikan hibah bulanan tetapi harga pembelian yang tinggi belum termasuk ‘Premium Fees’ sebanyak 5% daripada nilai harga emas yang dibeli. Penyimpanan emas fizikal dibuat di Bank Rakyat (Ar-Rahnu) yang mana upah simpan ditanggung oleh pihak syarikat dan pinjaman 65% dikeluarkan oleh bank disimpan oleh pihak syarikat. Sebagai contoh harga yang ditawarkan pada 26/06/2009 adalah pada

Harga Semasa Etika Emas (1 gram)

Ketulenan Tarikh Jualan (Pertama Kali) Jualan Belian
999.9 26/06/2009 RM 131.47 RM 125.21 RM 121.45
950 26/06/2009 RM 124.90 RM 118.95 RM 115.38
916 26/06/2009 RM 120.52 RM 114.78 RM 111.34
Kemaskini : 26/06/2009 11:24:00
goldcoins

publicgold_logo2Atau Para pelabur atau peminat emas fizikal boleh membeli emas Public Gold (PG) dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan oleh Etika Emas dan pada masa yang sama kita juga membuat penyimpanan emas di Bank Rakyat, pinjaman 65% yang diberikan oleh pihak bank kepada kita itu boleh pula kita membeli lagi emas fizikal atau boleh digunakan untuk lain-lain keperluan kita yang mendesak.

Harga emas  seperti yang ditawarkan oleh PG pada tarikh yang sama 26/06/2009

Harga pada 26/06/09 5:35 PM)

Weight Selling Price Buying Price
20 gram RM 2,285.00 RM 2,148.00
50 gram RM 5,686.00 RM 5,373.00
100 gram RM 11,319.00 RM 10,753.00
1 kilogram RM 113,192.00 RM 107,532.00

(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Jika kita lihat perbandingan harga dalam jadual yang ditunjukkan diatas, kita tanpa ragu-ragu boleh membuat kesimpulan yang manakah lebih menguntungkan kita sebagai pelabur emas. Adakah jumlah hibah yang diberikan berbaloi dengan apa yang kita bayar?…Sama-sama lah kita bincangkan, post dibuka untuk perbincangan ilmiah dan pada masa yang sama kita mencari lebih keuntungan dengan apa yang kita bayar..

Kami kini dealer Public Fine Gold International Sdn Bhd di Kuala Terengganu

17/06/2009 16 comments

Salam…

Setelah lama tidak update blog ini, maka hari ini saya ingin announce bahawa kami, (saya – Nizam dan Khairul Annuar) telah menjadi dealer emas PG (Public Gold).

bar3publicgold_logo2johngold

Dengan ini juga saya ingin announce disini, kami juga sudah tidak mempromosikan skim Simpanan Emas Etika.

Banyak komen yg saya dapat dlm blog ini bertanyakan skim Simpanan Emas Etika dan saya tidak menjawabnya, namun begitu, saya masih lagi approve mesej2 berkenaan, untuk dijawab oleh ejen2 Etika yg melawati blog ini.

Bagi sesiapa yang ingin membeli emas PG di sekitar Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Telipot, Padang Nenas, Wakaf Tengah, Wakaf Tembesu, Manir, Pulau Rusa, Kubang Jela, Batu Enam, Bukit Tunggal dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, boleh lah menghubungi kami.

Nizam – 017-9526772

Khairul – 012-9897399

Untuk makluman kepada pencinta-pencinta emas sekalian, kami juga akan memperkenalkan satu skim iaitu Skim Belian Mudah kepada sesiapa yang ingin membeli emas Public Gold dari kami.

Nantikan update dari kami.

Terima Kasih