Home > Uncategorized > BullionVault: Memulakan berniaga emas dengan percuma

BullionVault: Memulakan berniaga emas dengan percuma

noted : Post ini sudah tidak releven dgn trend Pelaburan Emas di Malaysia

Alhamdulillah, pagi tadi saya surfing internet, terjumpa dengan satu website yg menceritakan bagaimana terdapat satu cara memulakan / belajar berniaga emas dengan percuma. Apabila anda daftar satu akaun di website berkenaan, 1gram emas akan diberikan secara percuma untuk anda belajar membuat urusniaga beli dan jual emas online.

Jika anda sudah lama ‘study’ dan membuat kajian pasal pelaburan emas di Malaysia ini, anda akan dapati terdapat cara di mana kita boleh berniaga emas menggunakan Public Bank Passbook Akaun dan Maybank Passbook Akaun, yang mana anda boleh beli emas masa harga rendah dan jual masa harga tinggi untuk menikmati keuntungan.

Namun begitu, persoalannya adakah pihak Maybank dan Public Bank menyediakan kemudahan online transaction yang membolehkan kita melakukan jual beli dengan cepat dan mudah? Ada sesiapa yang boleh confirm kan? Jika ada maka bolehlah kita melakukan fund switching dengan lebih baik antara akaun emas dan akaun simpanan.

Jadi mampukah kita berulang-alik antara office dan bank untuk jual dan beli emas mengikut harga semasa? Wujudkah satu sistem yang membenarkan kita melakukan transaksi secara online? Bagi mereka yang berada dalam bidang Forex, mungkin ada broker yang menawarkan perniagaan komoditi ini. Apa lagi pilihan selain itu?

Ada! BullionVault menjalankan transaksi jual beli emas secara maya di mana anda boleh melakukan jual beli secara real time. BullionVault di jalankan oleh syarikat dari UK iaitu Galmarley Limited. Pengasasnya ialah Paul Tustain.

Ada sesiapa yang pernah ada pengalaman dengan BullionVault? Dapatlah kiranya berkongsi pengetahuan di sini.

Laman ini memberikan 1 gram emas PERCUMA sebaik sahaja anda selesai membuka akaun di sana. Membuka akaun adalah PERCUMA. Anda tidak perlu deposit apa-apa untuk mendapatkan 1 gram emas itu. Ianya diberikan sebagai latihan jual-beli emas. Inilah masanya untuk mencuba nasib dalam perniagaan jual beli emas tanpa apa-apa kos dan risiko.

Mari kita lihat apa yang anda boleh buat dengan 1 gram emas PERCUMA ini. Mula-mula anda boleh jual. Hasil jualan ini akan masuk ke akaun akaun currency dan tidak terpengaruh dengan naik turun emas. Anda kemudian boleh tunggu sehingga masa yang sesuai dan membeli semula emas pada harga rendah. Ulanglah proses ini sebaik mungkin untuk mengumpulkan profit. Berbekalkan 1 gram emas PERCUMA ini, anda boleh belajar bagaimana proses jual beli emas di BullionVault.

Tak cukup banyak untuk jadi kaya? Memang betul, dengan jumlah sebanyak itu anda tidak mungkin menjadi kaya raya – tetapi cukup untuk menjadi asas keperluan belajar sebelum anda betul-betul mengambil keputusan untuk mendepositkan wang dan memulakan aktiviti jual beli. Ingat, segalanya BERISIKO, fikir dulu sebelum KO.

Bagaimana nak meniaga emas secara percuma?

Buka akaun dengan BullionVault sekarang dan dapatkan 1 gram emas PERCUMA untuk latihan perniagaan. Anda juga berpeluang untuk membuat referal dan mendapatkan 25% dari komisen direct referals dan 6.25% dari non-direct referal. Sehingga June 2008, BullionVault mempunyai 7,539kg emas dalam simpanan mereka.

Sekiranya ada di antara kita yang tahu tentang BullionVault ini, minta disumbangkan maklumat untuk dikongsikan bersama.

Note* : artikel ini diubahsuai dari tulisan mightyhitter-nogold.com. Terima kasih kpd beliau.

Categories: Uncategorized
  1. alin
    22/10/2009 at 10:02 am

    salam..
    satu pertanyaan,bukankah emas mesti dibeli secara bersemuka dan ada akad antara penjual dan pembeli..maaf juga kalu saya tersilap.cuba rujuk cara jual beli emas dalam islam .

    • nizam
      22/10/2009 at 10:44 am

      ws .. pembelian emas Public Gold, memang dilakukan secara bersemuka, cash and carry .. sama macam beli emas di kedai2 emas .. insyaAllah, stok sentiasa ada.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: