Home > Uncategorized > PEJABAT ETIKA EMAS ESTET SDN. BHD. DI KUALA TERENGGANU

PEJABAT ETIKA EMAS ESTET SDN. BHD. DI KUALA TERENGGANU

latest updated (Nov 2008) : Pejabat berkenaan telah berpindah ke Kuala Ibai.

Bagi sesiapa yang telah menyertai program Pembelian, Pemilikan dan Simpan (PPS) Syarikat Etika Emas Estet Sdn. Bhd bagi kawasan Kuala Terengganu, sukacita dimaklumkan, pejabat urusan Etika Emas Wilayah Timur telah mula beroperasi sejak dua bulan lalu di:

111-C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru,
23000 Kuala Terengganu
Tel: 09-6312477 Fax: 09-6312476

Categories: Uncategorized
  1. musa
    29/07/2008 at 1:31 am

    Melayu ni kena ajak menggunakan akai sikit.

    Etika Emas kumpul modal melalui 65% wang cagaran emas dan kemudian Etika niaga apa hah untuk bayar keuntungan Rm100.00 (bukan RM300.00 hah) sebulan kepada pelabor?

    JAWAPAN:

    sdr musa,

    mana anda jumpa kata bayar rm100? minima adalah rm300, sbb rm100 based on 100g emas yg di pajak, sesiapa yg masuk skim beli dan simpan Etika ini akan dpt rm300(1 emas pembeli +2 emas etika di pajak).

    Perniagaan etika adalah jual beli/borong emas. Bolehkah anda buktikan perniagaan emas tidak menguntungkan? hibah rm300 besar sgt ke? cuba anda kira sendiri peratusannya drp modal yg anda keluarkan?

    terima kasih

  2. shah
    07/08/2008 at 2:27 am

    cuba en.nizam terangkan dengan lanjut program
    pembelian emas ini menguntungkan kepada pelabur yang mengeluarkan sejumlah wang yg banyak untuk pelaburan emas ni

    JAWAPAN:

    Beli emas dan simpan, adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang menguntungkan, tak caya, cuba tanya nenek dan mak anda, sbb harga emas stabil dan sentiasa meningkat. Anda boleh beli emas dlm bentuk apa sahaja, samada emas jongkong atau barang kemas untuk isteri anda / mak anda, atau pun anda boleh memilih menggunakan cara ‘passbook account’ yg ditawarkan oleh maybank / public bank. So, ini adalah cara yg biasa, spt yg dibuat oleh kebanyakan masyarakat kita, yang mana keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas itu sendiri.

    Skim yang ditawarkan oleh Etika Emas pula, kelebihannya adalah hibah yg diberi. Sebab itu saya kata ia lebih untung dari cara yg biasa dibuat org iaitu beli barang kemas dan simpan sendiri, tapi hibah tak dapat.

    Mana lebih untung, anda beli barang kemas biasa, anda dapat emas tu, 2 tahun lagi anda jual, harga dah naik, anda dpt untung, VS anda beli emas jongkong/wafer dr Etika Emas, anda dapat emas tu jadi milik anda, PLUS HIBAH (Minima RM300), lepas dua tahun anda jual jugak wafer emas tu dan nikmati keuntungan dari kenaikan nilai emas di pasaran.

    T.K

  3. shah
    07/08/2008 at 2:33 am

    Secara teorinya: Kita terpaksa membayar kepada bank atas gadaian emas yg kita buat supaya kita dapat menebus semula emas kita. Dalam kes ini, KITA ANDAIKAN Etika Emas akan bersama2 dgn kita ke bank utk menebus emas kita.
    Ini bermakna, Etika Emas akan membayar kepada bank sejumlah wang utk selesaikan proses gadaian, dan bank akan memberikan emas yg kita gadaikan dulu kepada Etika Emas. Kemudian, Etika Emas akan membuat tawaran kepada kita sama kita ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.

    10. Sekiranya kita mahu tamatkan kontrak, etika emas harus membeli emas kita, dan membayar kita nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

    11. Persoalannya disini: Sekiranya Pengoperasian Etika Emas mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap kita sebagai pelabur?

    12. Risiko: Kita terpaksa membayar nilai utk 300g emas utk menebus emas yg kita gadai dengan bank, walhal, kita hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian ke bank rakyat dibuat dengan NAMA PELABUR. Seperkara lagi, kita tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Kita hanya di beri RM300 utk setiap 100 gram setiap bulan selama 6 bulan.

    13. Sekiranya Etika Emas cabut lari, Etika Emas tak rugi apa2, kerana 200g emasnya sudah pun dicagarkan ke bank (atas nama pelabur) dan Etika Emas sudah pun mendapat balik duit mereka, ditambah lagi dengan duit 100g emas yg digadai atas nama pelabur. Pelabur itulah yg sebenarnya rugi kerana menanggung hutang ke atas nilai gadaian yg tinggi (lebih daripada nilai wang yg digunakan utk membeli emas dgn Etika Emas).

    14. Kesimpulan: Pada pendapat saya, dengan mengikuti plan ke 2 Etika Emas ini, pelabur sebenarnya merelakan nama mereka dipergunakan oleh Etika Emas utk mencagarkan emas Etika Emas kepada bank. Dgn kata lain: Etika Emas menggunakan nama org lain utk mendapatkan duit hasil gadaian emasnya kepada pihak bank.

    15. Di sini, bolehlah diturunkan modus operandi Etika Emas: Mencari pelabur baru utk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yg dijana daripada pelabur terdahulu utk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100gram pelabur baru bersama2 emas 200g ke bank rakyat dengan skim ar rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yg panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit utk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dgn bank bagi urusan dgn pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Etika emas memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dgn duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dgn bank.

    TOLONG TERANGKAN STATEMENT INI

    JAWAPAN:

    Terima kasih kerana bertanya, walau saya tau, persoalan ini adalah dari sebuah blog yang menganggap Skim Etika Emas ni sebagai scam, walaupun beliau sendiri tidak dpt membuktikannya.

    Saya bersetuju dan berpandangan begitu juga, iaitu berkenaan modus operandi Etika Emas. Pada saya ia adalah satu strategi bisnes yang bijak, smart partnership dgn pembeli, mencagarkan emas menggunakan nama pembeli utk mendapatkan modal secara cepat utk mengembangkan lagi bisnes. Mungkin anda akan bertanya, kenapa Etika tidak cagarkan sendiri? kenapa guna nama org lain? ini adalah kerana adanya limitation/had maksimum cagaran yg boleh dilakukan atas satu nama yg dikenakan oleh Ar-Rahnu. Sebab itu Etika terpaksa menggunakan nama ramai org, dan balasan yg pembeli dapat, adalah hibah RM300 kerana bersetuju menggunakan nama kita(pembeli). Jadi no wonder la, sejak mula memulakan bisnes, dari modal berbayar RM500,000, Etika berjaya menggandakan modal berbayarnya kepada RM5juta hanya dlm masa 6 bulan beroperasi.

    Berkenaan risiko yg pembeli tanggung, nanti saya akan terangkan lagi, sbb sy agak sibuk skrg ..:) .. namun begitu, sbnarnya, dlm forum2 yg saya senaraikan, dah ada byk penjelasan ttg risiko pelaburan ini.

  4. Hilmy
    08/08/2008 at 4:45 am

    Saya dah tolong jawabkan… boleh buka balik website tu dkt sini

    TQ

    JAWAPAN DARI HILMY

    Tuan Tanah,
    Sebab takde orang defend Etika dekat sini, aku nak tolong sikit bagi kesedaran orang lain tentang Etika Emas…
    Alamat Etika Emas Estet Sdn Bhd: B2-03, 2nd Floor Megan Ambassy, 225, Jalan Ampang, 50450 KL. Managed by Holiday Villa. Untuk jaga prestige sebagai penjual emas, takkan nak sewa pejabat dekat puduraya kot? Mana ada kelas bang!! hahaha…
    Aku baru beli 1.2 kg dari Etika Emas, masukkan sendiri ke Ar Rahnu, semua surat gadai nama aku. apa masalahnya? padahal yang aku beli cuma 400 gram je.
    Kalaupun Etika Emas ni lari, aku tak payah pi tebus balik pun takpe emas yang Etika “pinjam” nama aku tu… aku biar je Ar Rahnu lelong. Memang biasanya bila dah lelong ni, Ar Rahnu akan bayar kita balik (ye betul, bayar balik!!) sebab harga emas dulu murah, masa dia gadai tinggi, jadinya, Ar Rahnu cuma ambik berapa yang kita hutang dia saja. Berapa? 65% dari 1.2 kg lah!!Kau pergi check dekat Yapeim punya Ar Rahnu, masalah diorang seekarang ni ialah, diorang tak jumpa penggadai yang dah lari, sebab diorang ingatkan diorang hutang ke Ar Rahnu, tapi rupanya Ar Rahnu hutang diorang! pergilah check. Basically, orang yang beli emas dari Etika ni, risiko ialah bila harga emas turun secara mendadak…. tapi, tengoklah performance emas 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun lepas! turun ke naik??? kalau dia buat sistem ni pada kereta, memanglah dia akan jadi tak cerdik macam sesetengah orang tu, sebab harga kereta tak pernah naik. Kau beli hari ni, esok confirm 10% depreciate. Emas je boleh buat sistem macam ni!!! Kalau tak faham juga, jangan tulis blog… susahkan orang lain nak buat business.
    Lagi satu kawan, HYIP biasanya buat 15% sehari, bukannya 6 bulan!! Kau ni tahu ke tak HYIP tu apa?? Kalau nak compare Etika, kena compare dengan other saving options… kau beli gold, kau tukar duit kau dengan beli gold, bukan kau invest. Takde aktiviti perniagaan bila kau beli gold ni! Dia turun naik sebab supply demand gold satu dunia. Cuba check dekat google berapa banyak supply dengan demand gold sekarang nih?? kalau demand tinggi supply kurang apa maksud dia??? kau carilah sendiri…

    TQ

    Hilmy

    NIZAM REPLY : terima kasih hilmy..

  5. Naim
    08/08/2008 at 11:41 am

    “..Saya bersetuju dan berpandangan begitu juga, iaitu berkenaan modus operandi Etika Emas. Pada saya ia adalah satu strategi bisnes yang bijak, smart partnership dgn pembeli, mencagarkan emas menggunakan nama pembeli utk mendapatkan modal secara cepat utk mengembangkan lagi bisnes..”

    Dalam petikan di atas, nyatalah saudara mengiyakan/ mengaku atas kenyataan modus operandi Etika Emas tersebut.

    Dengan pengakuan ini, benarlah etika emas mengambil kesempatan atas para pelabur dan mempergunakan para pelabur utk meningkatkan perniagaan mereka. Ini kerana, Etika Emas hanya menggunakan modal 200g emas sahaja utk setiap rantaian pembeli emas (palabur). Jika Etika Emas cabut lari sekali pun, etika emas hanya kerugian 200g emas sahaja, berbanding dengan beratus2 palabur yg rugi.

    Ini kerana, Etika Emas hanya menggunakan sekali modal 200g emas sebagai duit pusingan utk menarik berkali-kali pelabur baru.

  6. CekGu & CekGi
    03/09/2008 at 10:32 am

    Nak kongsi pengalaman pasal Etika Emas.

    1. Sy wat personal loan 40k dgn Bank Rakyat.

    2. Bulan2 selama 10thn kena byr balik RM532

    3. Sy beli emas 200g Dari Etika Emas.

    4. Harga masa tu utk kedua-dua ketul adalah RM21,600

    5. So ada balance lg duit personal loan lebih kurang RM16k

    6. Agreement, Sijil AR-Rahnu dan juga Sijil emas ada dgn sy sebagai simpanan utk rujukan.

    7. ALhamdulillah skrg nie dh tiga bulan saya dpt hibah seperti yg dijanjikan oleh sykt Etika Emas sebanyak RM600 setiap bulan.

    8. So, dri duit itu sy byr semula pinjamam personal loan sy tu (ada lebih lagi dlm RM50). CUkup 10 thn hutang personal loan dh settle tanpa perlu byr guna duit gaji. hanya guna hibah ini shj. Dan ada belen RM16k lagi dlm tgn.

    9. Cukup 10 tahun (Insyallah Etika masih blh bertahan) simpan dan pajak nie berlaku, hutang sy dgn personal loan dh setel, n sy nak kuarkan gold dan jual gold sy. Di situ akan dpt lagi Cash money. mana la tau masa tu anak nak smbng belajar ke nak guna byk duit. at least ader lagi RM20k ke RM30k

    10. And ada lagi 3 bulan utk sy dpt hibah. lepas tu kite tunggu aje la aper akan tejadi.

    Yg [B]PENTING…[/B]
    Biar kita cuba dulu sebelum memberi pandangan. Bile dh cuba, dh rasa n dh tau baru kite rasa selesa. Semua rezeki dtg dariNYA. Kalau DIA nak bg, DIA akan bg. Kalau dh emas nie bukan rezeki kite nak wat camne.. renung2kanlah.. wasalam..

    Sape yg nak tau lebih lanjut boleh berjumpa dgn sy di ofis etika emas. atau email sy abdulhalimalwi@yahoo.com. Sorry ganggu tuan tanah

  7. win win
    08/09/2008 at 2:23 am

    tak cuba tak tahu. apapun buat kajian sebelum mencuba. tapi, kita akan terus gagal jika tidak pernah mencuba untuk berjaya. jika dikatakan etika emas menggunakan hampir 65% duit kita untuk jana pendapatan… dah itu tugas dia. kalau kita rasa mampu nak buat bisnes sendiri .. maka buatla… bagi org yang tak tahu nak mulakan bisnes apa… baik join jer niaga emas nie… tak da masalah pun….

  8. Cekgu &Cekgi
    08/09/2008 at 4:46 pm

    Betul tu win win…

  9. cool
    16/09/2008 at 9:08 am

    Ada sesiapa boleh bagi info mengenai Unipay2u yang buat jualbeli emas secara MLM..spatutnya pakai lesen apa? AJL ke? Pas tu apa beza ngan etika emas ni? Sori ganggu, tanya sbb nak join yg mana

  10. Haku
    25/09/2008 at 9:42 pm

    Haku nak bagi pendapat pasal Etika emas. Bagi aku syarikat ini logik je bagi keuntungan yg dijanjikan. Cuma pelabur yg invest telah tertipu dengan psikologi tawaran syarikat. OK cuba lihat logik yg Haku katakan. Cth harga emas 1gm 15/09/2008 dipasaran RM97.70. Etika jual dgn harga RM122.66. secara langsung dia ambik untung RM25.00 utk 1 gm . So kalu kita labur 100gm emas dan etika tambah lagi 200gm emas kemudian dapat RM300 x 6 Bln = RM 1800. Sebenarnya bila kira sign up dgn Etika dia dah buat untung RM25 x 100gm=RM2500. Sedangkan dia byr kita RM1800 utk 6 bln. Disini Etika dah buat untung atas angin RM700(RM2500-RM1800).
    Cuba fikir-fikirkan….. beri komen kalu kiraan Haku salah

  11. Cekgu & Cekgi
    06/10/2008 at 10:43 am

    Haku,

    Betul gak kiraan tu ek.. tP tak kisah la kan, sykt untung dan kite pun sama untung.. Dia bg jugak duit kat kite. mcm win2 situation gitu,.. Baru la dikatakan logik.. tul?

  12. Zabidi Abu Mansor
    24/10/2008 at 8:58 am

    Salam,
    Saya baru dapat maklumat, dan saya dah sahkan sendiri apabila call Bank Negara, sudah ada laporan terhadap Etika Emas Estet Sdn Bhd di Bank Negara. Pihak Bank Negara sedang menjalankan penyiasatan.

    Bank Negara tidak pernah memberikan lesen kepada mana2 syarikat utk mengambil deposit.

    Mmg benar, urusan jual beli emas telah mendapat kebenaran bank negara, tetapi part yg gadai kat ar rahnu, dan 65% yg diperolehi itu diberikan kepada Etika Emas, yg agak dicurigai.

    Boleh telefon sendiri Bank Negara utk dapat kepastian:

    03 26988044 sambungan 8924 / 7525

    Tanyakan: ada tak laporan di buat ke atas syarikat Etika Emas Estet Sdn Bhd, dan apa statusnya kini.

  13. azmi
    25/10/2008 at 11:19 pm

    Zabidi

    Kiraan saya gini… 200gm dari jumlah 300 gm di bank rakyat atas nama pelanggan, adalah 66.67% manakala yang Etika ambil cuma 65%. Jadi kalau dah kita gadai , duit kasi pada Etika… biar dia cabut…pelanggan masih ada 3 ketul. biar Bank lelong…lepas 6 bulan harga emas meningkat… dan hasil lelongan akan ditolak (pinjaman + upah simpan). Lebih nya dikembalikan kepada pelanggan.
    Ramai orang bimbang kerama pernah tertipu dek salah melabur. Program ni beli dan simpan…saya dah duduk dan fikir dengan matematik sebab sepanjang bersekolah mate saya asyik A! aje…(sorry) jadi saya tak berangan….sebenarnya saya dah beli tetapi saya pun tak bimbang… sebab saya beli 100 gm …dapat 30gm dan bila2 masa bawa surat gadaian dan minta pegawai arrahnu bank rakyat tunjuk emas saya tu… ada lagi tak disimpan..(no siri kan ada) ….kalau tak ada no siri..boleh lah tunjuk mana2 emas yang bank simpan..
    amacam… tak kan bank negara boleh anggap 65% pinjaman bank tu pengambilan deposit….. kalau ya pelik juga …

  14. 23/11/2008 at 7:39 pm

    Saya dari syarikat ISM berminat untuk membeli emas dari pihak tuan. Kami ada capital lebih dari 100k dan ingin pihak tuan membuat perbentangan mengenai pelaburan ini.
    Sila hubungi saya 019-238 7319
    (Rosely (One Of Director))

  15. harlem
    17/12/2008 at 2:37 pm

    Saya baru dengar Etika Emas ni kat warong kopi. Tapi skim @ scam ni memang tak masuk akal.
    1.Beli 100gm emas dgn harga RM10,000.00 sebagai contoh. Bayar RM10k, Etika dapat duit kita akan dpt emas. Emas kemudian dicagarkan kepada bank atas nama kita , duit siapa ambil? Etika agaknya? Kalau Etika ambil maka syarikat dah untung 100%. Pelanggan pula akan dibayar RM300 setiap bulan , jd bila kita nak untung?
    2. Katakanlah pulak kiranya kita tak perlu bayar harga emas pada Etika, sign contract, Emas dipindah milik atas nama pelanggan dan dicagarkan kepada bank RM10k. Etika byr plggn RM300, siapa plak akan byar faedah bank.

    Walhasil kepada mereka yang nak cepat kaya jgn mudah percaya. Tak de jalan mudah. Kalau btul niaga ni bagus, Etika dah tentu bolot sendiri direct dgn bank, tak perlu cari pelabur.

  16. 22/12/2008 at 1:10 pm

    Salam utk semua, sya da beli 100 gram emas dari etika emas dan 24hb bulan nie genap 4 bulan sya terima diskaun RM300 setiap bulan seperti yg dijanjikan. X tau plak sya dengan bermodalkan RM500K berbayar, etika emas telah meningkatkn keuntungan modal berbayar sehingga RM5 juta dlm masa 6 bulan beroperasi! Kalu mcm tu Alhamdulillah, syarikat ini kukuh dari segi kewangan. Pelabur untung, syarikat pon untung. Etika emas lari? X pe lah, sebab sya ade 3 jongkong emas dlm bank rakyat di daftarkn di atas nama saya. Kalu sya x de duit nak ambik emas tu, bank akan lelong, dan sya dpt duit lelongan tersebut. Rugi ke? Sya x paham kenapa minda orng kita masih lagi di tahap rendah. 90% org melayu membeli perhiasan emas. Berape ramai yg menyimpan emas sebagai pelaburan? Kite anggap/tgk kaum lain x pakai emas, tapi kite x tau berape byk simpanan diaorng dlm bank. Sebab tu mereka berani. Hindraf sebagai contoh….Kaum kite ape ade? Ingat cerita P.Ramlee, “Lu punye nasib lu makan, die punye nasib die makan, apa salah lu makan sama2”. Pikir-pikirkan lah…

  17. nizam
    30/12/2008 at 3:39 pm

    saya melabur emas seakan etika…beli emas harga semasa…dapat ketul emas 916 …50gram..company tidak pula meminta emas itu di gadai….setiap bulan saya mendapat 2.5% dari hasil belian emas yang dia janjikan selama 6 bulan….selepas 6 bulan emas harus dipulangkan kepada company dan seterusnya anda akan mendapat semula modal….programme ini saya rasa lebih baik.

  18. ummi adib
    14/01/2009 at 2:40 am

    apa hukum perniagaan ini dari segi islam. TQ.

  19. Apish
    29/01/2009 at 1:38 pm

    Salam smua..

    Maaf skiranya posting ini buat sesetengah pihak terasa ati..

    aku bkn r pembeli emas dr Etika tp aku mmg dh byk bace n kongsi pengalaman dr pembeli.(niat ati mmg nk beli tp sbb student,so duit xde n xde bank yg leh kc loan kt kitorg kecuali PTPTN.Kalo ade,kompom2 r aku n 5 org sahabat aku beli at least 2kg.)aku ni brckp bkn atas dsr tamak.tp aku nk tnye sape2 yg bebal psl ekonomi ni bberapa soklan r..

    1 – korg tau x yg smua bank kt msia ni mengamalkn sistem kapitalis?
    2 – dulu2 ade ke duit kertas utk urusan jual beli barang?smua transaction msti ade unsur emas..xcaye?korg research r sendiri kt internet.jgn gunekn internet utk hentam org tnpe asal usul.
    3 – korg tau x yg emas ni sumber semulajadi yg dikurniakn oleh ALLAH??tp knpe korg masih prcaye nilai duit ciptaan MANUSIA??sape yg korg prcaye sbnrnye ni??
    4-korg tau x org kapir ni pandai memanipulasikn keadaan dr segi ekonomi n cara hidup?

    kalo korg xleh nk jwb smua soklan tu,mkne nye pmikiran korg ni pnuh dgn bende yg negatif.bkn aku nk back up Etika Emas tp kalo aku ni anak org kaye,kompom2 r aku loan ngn ayah aku tanpe perlu risau nk byr blk sbb dh ade jaminan dr Etika emas.

    Aku sbgai BANGSA MELAYU yg BERAGAMA ISLAM ni malu sbb bangsa aku ni yg menjthkn bangsa sndiri tp suke salahkn org lain.

    Kalo bende yg mengarut2 mcm skim cepat kaya r,MLM r(bkn smua) & pak man telo nye skim kelam kabut masuk siap PAKSA ahli keluarga join TANPA RESEARCH.bile dh rugi,korg salahkn org lain..pokok pangkal diri sendiri gak yg wat decision..`anything that happened in our life is actually 100% from our DECISION`.either YES or NO!

    aritu aku pegi bank,aku terdgr ORG CINA kecoh nk kuakn SEMUA duit FIXED Deposit sbb nk beli emas kt ETIKA EMAS!SEMUA tu…sbb ape?sbb kt fixed dep,return hnye 5%p.a tp dgn etika emas is more than 30%!!!!!paling best bile duit tu masuk EVERY MONTH TANPA PERLU BEKERJA(slagi ko re-new contract).tp knpe kite x amik peluang??siap hentam org lg!

    kt sini aku bknnye nk tunjukkn sifat racist tp org melayu selalu ketinggalan dr org cina dr segala aspek.

    kt bwh ni aku nk tnjukkn r flow circulation of money.idup ni berputar,siang malam,panas sejuk,sihat sakit.mcm tu jugak duit..

    katekn aku beli 2kg emas(cash),

    sebulan aku dpt rm6k..

    duit rumah = rm2k
    duit kete = rm1k
    duit bil tepon + bil letrik + bil air =rm1k
    simpanan biase = rm 600
    simpan kt Unit Trust = rm 400

    *yg lbh tu siap boleh derma n kc family lg..

    cukup 5 thn,aku dh untung kt gold more than 100% + unit trust aku lg..

    dlm simpanan/investment xde jln pintas.The best way to invest is within 3 years onwards…

    ok r…

    cukup r kot…

    kalo ade bende xpuas ati leh r email kt aku..

    salam…

  20. nurul
    04/02/2009 at 8:00 am

    saya nk tnya dgn lbh lanjut lg tntang skim pembiyaan peribadi di public bank berhad.
    apakah skim peribadi yang ditawarkan??

  21. Jetlee
    25/02/2009 at 6:08 pm

    Salam sume,

    Bole x sape2 tlg jwp sblm aku join same ?
    1) Hukum jenis bniaga mcm ni ? Sat je dapat duit n xpyh keje. Dah gitu xpyh la sekolah. Guna duit utk sklah rendah, menengah n univsti buat beli emas etika. Bodoh pong xpe, sume org etika yg keje utk kita. Sambil goyang kaki, korek idung n mlm2 dgr ceramah politik dpt hasil.

    Nape agaknye Rasul SAW xtpikir nk buat biz gini yek? Nape baginda dok perah kederat kejar kambing sana-sini tgh padang pasir n buang masa tgu kambing2 tu besar/gemuk btahun, dahtu angkut plak dgn unta merantau bbulan2 g jual hasil2 tu sume bbatu2 jauh.. pelik yek? Seorg Imam d akhirat n kekasih Allah bpeluh ketiak guna tulang 4 kerat.. hmmm…

    Mcmana plak kisah nabi yg makan epal yg d ambil dr sungai, tup2 kena jadi hamba 40 thn pd tuan sbnar epal tu sbagai hukuman…

    Nape plak kita nak kena ikut kbijaksanaan org2 kafir buat duit? Mrk peduli apa dgn halal @ haram, hak bapak lu ke bapak gua ke, riba kecik ke besar ke.. asal dpt duit.

    Meh pikir ape agaknye motif email Allah 1000 thn dulu tu atas nabi2 kita. Xkan Allah @ malaikat lupe nk kasi ide biz ni dr Nabi Adam AS sampai Rasullullah SAW kot, sahabat2 pong melepas.. tup2 dpt kat Etika hehe…, Qarun yg tkaya dlm dunia n lenyap dlm dunia pong jenuh bsengkang mata bela lembu@kambing..

    Yg aku phm bangsa aku ni mmang pakar makan komisen, makan atas angin n tgu wang ehsan, pukat free, bot free, cangkul free n duit free dari Etika hehe.., ehh..nape pkeje2 Etika xbeli n goyang kaki same2 hehe.. Pak Lah! jom join, xyah sakit2 kpala mikir pasai nuar ke, singh, siang ke hehe..

    Mcmana kita nak dapat BERKAT atas ape je keje2 kita? Xuntung @ lambat lg baik dr d murkai Allah, aku dh rasa d marah Nya.. accident, sakit, lingkup biz n keje, Dia byr CASH la bang.. Korang sume lg tpelajar, hebat2, pakar matematik pong ade.. cube renung cite nabi2 tu…………………………

  22. 29/03/2009 at 7:50 am

    salam…

    agent etika emas..boleh tak korang citer sikit pasal sinar sri emas sdn bhd?
    betul ke sinar sri emas ni anak syarikat etika emas?

  23. zacky
    10/04/2009 at 9:34 am

    salam…
    Pada telitian saya, komisyen tanpa usaha, tanpa risiko dikira riba. Persoalannya adakah pihak Etika Emas sendiri memiliki panel syariah yang bertauliah? Bukan untuk menjatuhkan mana2 pihak,tetapi sekadar mengambil berat akan hasil yang diperolehi. Hidup bukan hanya di dunia saja, tanya iman masing-masing.

  24. minahbiasa
    14/04/2009 at 12:17 pm

    aku setuju ngan jetlee…cuba elakkan yang syubhah…insyaallah selamat dunia akhirat

  25. JOE
    18/04/2009 at 1:55 am

    kte klu nk bercakap biar ader adap berbicara…sebelum duk mengatakan sesuatu perlu berfikir dengan waras dan dengan bukti yg kukuh..bkan hanya dari pengalaman kte sudah cukup utk mengatakan ini yg btul dan ini yg tidak btul …ilmu dan iman di dada pn blom cukup nk bercakap pasal bangsa sendiri….orang yang beriman tk menggunakn ayat yg kasar utk memberi pandangan…Utk beri pandangan jgn la terlalu celupar…Malaikat dan Rasul jd permainan perkataan..muhasabah la diri byk2…mendengar lebih baik dari byk bercakap…mendengar dahulu lebih baik dari trus memberikn pandangan

  26. 30/04/2009 at 11:03 pm

    pada pendapat saya, etika emas akan menjual emas jongkong pada harga yang tinggi, dimana ia akan menyebabkan hanya mereka yang dapat membeli emas itu kembali pada sekian harga..

    Dengan keuntungan menjual emas pada harga yang lagi tinggi dari pasaran itu, etika emas akan dapat membayar secara bulanan kepada pelabur, semuanya adalah konsep nombor,, cuba anda minta mereka jual emas pada hara standard bergantung pada price terkini, tengok, mereka boleh x bayar secara bulanan tu..

  27. jooi
    20/05/2009 at 1:54 pm

    aku dok konpius gak…
    nak masuk ka x…
    katakan beli emas 100g dengan harga 10k.
    campur ngan etika bagi 200g jadi la 300g.
    (dah jadi 30k nilai aset kita)
    bila masuk ar rahnu dia amik 65% dapatla rm19500.bagi duit tu kat etika emas.bulan2 kita dapat 300.6 bulan 1800.
    kalu etika bungkus 300g emas dah jadi milik kita(tapi kat dalam pajak)tapi nak tebus balik dalam masa tu nak cari mana 19500…
    ada sapa2 yang bijak n pandai ble tulun settle masalah ni..selain nak tunggu ar rahnu lelong 300g emas hat kita pajak tu.kalu dia lelong pun dpt ka kat kita19500 tu balik..
    tapi tak kisah laaa.yang penting aku cuma nak hat 100g aku tu balik ja.hat 200g lagi etika punya(tu sykt kena pikir).lagi satu soalan ble ka kita tebus balik 100g satu demi satu…

  28. joe
    23/07/2009 at 3:33 am

    Salam,

    Dari apa yg aku duga akan terjadi dan pon terjadi nie….Petikan The Star.

    Dari apa yg dpt aku katakan.. mondus operandi etika emas ini lebih kurang sama dgn apa yg dijalankan oleh Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB)
    suatu ketika dulu, sekitar tahun 2002 di Kulim Kedah. Para pelabur akan mendapat dividen bulanan dari 10% sehingga 22% bergantung kepada kelayakkan skim yg dimasuk. Di akhir kontrak perjanjian nilai pelaburan akan di kembalikan semula kepada para pelabur. Memang hebat, kalah ASB dan dividen yg di bagi oleh bank2 di malaysia ini.

    Ekonomi bumiputra amat kuat pada masa itu, semua bentuk perniagaan di ada kan oleh PLSB, termasuk ekspo bulanannyer. Bayangkan sampai one of the menteri pun dijemput hadir bg merasmikan ekspo nyer. Apa lagi, keyakinan para pelabur terhadap syarikat semakin kuat kerana bukan calang2 org yg akan datang merasmikan ekspo tersebut. Sebilangan VVIP pun turut serta melabur.

    Persoalannyer, Syarikat tiada lesen seperti mana yg di peruntukkan dlm BAFIA Act 1989, pengambilan deposit tanpa lesen. Serbuan di buat oleh Bank Negara, segala hasil rampasan di bekukan. Yang menjadi mangsa para pelabur, yg mana buat personal loan utk melabur, dah lebur …hanya bayar hutang bulanan balik ajelah.

    Moral of story.. berhati2 bila nak melabur!!!

    Wednesday July 22, 2009
    Bank Negara probes two firms after complaints

    PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) is investigating Genneva Sdn Bhd and Etika Emas Estet Sdn Bhd on suspicion of conducting illegal deposit-taking activities.

    The central bank said in a statement posted on its website yesterday that it raided the premises of Genneva and Etika Emas in Klang Valley yesterday following public complaints.

    Officials from the two companies say that they are giving full cooperation to the central bank investigators.

    Etika Emas president Mohd Amin Supian said he was surprised when Bank Negara officers’ visited his company.

    He said that he was told that the visit was a routine check on the business operation.

    He added that Etika Emas was a legitimate business dealing in physical gold.

    A Genneva official, who did not want to be named, declined to comment except that his company was cooperating with Bank Negara.

    Last week, Genneva senior general manager Tony Yao in a response to a StarProbe article said that his company’s business model is not a Ponzi scheme.

    He explained that the company sold gold coins and bars to the public at a 5% discount to the prices set by the Federation of Goldsmiths and Jewellers Asso­ciations of Malaysia.

  29. Bengang
    25/08/2009 at 11:35 pm

    Bank Negara ni bukan boleh tengok rakyat buat duit sikit… Mesti dia cari jalan nak blok!!!

  30. Pacat Ori
    02/09/2009 at 9:45 pm

    Ni saya nak bagitahu berkenaan dengan perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat Etika Emas semasa mula2 kita nak sertai syarikat ni. Pada permulaan, kita dikehendaki membayar RM100 sebagai urusan dokumen serta perjanjian yang dibuat untuk setiap 1 perjanjian selama 6 bulan. Tapi apabila tempoh 6 bulan telah berakhir dan ingin menyambung semula perjanjian yang baru, kita dikehendaki membayar sekali lagi urusan dokumen perjanjian. Kalau diikutkan, urusan dokumen hanya melibatkan RM100 sahaja sebagaimana seperti dokumen yang mula2 dahulu dan ianya akan dipotong daripada jumlah pembayaran berjadual. Tapi yang peliknya, kenapa bila urusan baru dibuat pelabur tidak akan mendapat apa2 bayaran berjadual pada bulan pertama perjanjian baru. Sedangkan jumlah bayaran berjadual yang diperolehi oleh pelabur melebihi RM100 mengikut jumlah pelaburan emas mereka. Misalnya setiap bulan pelabur akan mendapat RM600, tapi bila perjanjian baru dibuat, pelabur tidak akan mendapat apa2 bayaran pada bulan pertama dengan alasan wang digunakan untuk urusan dokumen perjanjian. Jadi di manakah lagi baki RM500 setelah ditolak RM100 untuk urusan dokumen perjanjian? Adakah ia digunakan untuk membayar gaji pekerja yang sering tertunggak dan tidak terbayar oleh Etika Emas? Kalau bukan, kenapa urusan bayaran dokumen melebihi RM100? Kalau RM1000 tiap2 bulan maka RM1000 jugak lah yang lesap kononnya atas urusan dokumen!
    Dan 1 lagi perjanjian yang dibuat oleh Etika Emas kepada pelabur supaya yakin dan terus menyertai skim ini ialah ( dengan manis mulutnya ) kalau pembayaran berjadual kepada pelabur terlewat walaupun 1 hari, dengan secara rasminya kepingan emas milik Etika Emas yang digadaikan bersama kepingan emas pelabur di Ar-Rahnu akan menjadi hak milik mutlak pelabur. Kononnya sebagai jaminan kepada kepercayaan pelabur, tapi yang terjadi sebaliknya di mana pembayaran berjadual bukannya 1 hari lewat malah sampai 3-4 hari. Dan bila kita hendak tuntut kepingan emas milik Etika Emas yang sepatutnya telah menjadi milik kita kerana telah melanggar syarat pembayaran berjadual, macam2 alasan yang pihak Etika Emas bagi. Kononnya nak bincang dengan orang atas la, dengan orang kat K.L la, dengan H.Q la dan macam2 alasan yang direka. Kalau dah langgar perjanjian tu, bagi je la. Nak buat alasan apanya lagi. Perlu diingat, wang pelabur yang dilabur bukannya RM1.50 tapi ribu2 tau tak! Dah la sekarang ni pelabur kena sertai Koperasi Etika Emas jikalau mahu pembayaran berjadual dimasukkan ke dalam akaun. Nak sertai koperasi ni pun 1 hal jugak, ada ke pelabur dikenakan bayaran RM70 tunai. Sedangkan masalah ni bukannya berpunca dari pelabur tapi dari Etika Emas sendiri jadi kenapa pula pelabur yang kena tanggung? Oleh itu kepada sesiapa yang ingin atau berhajat nak sertai Etika Emas ni, saya harap perlu beringat, teliti dan berhati2 dengan perjanjian serta mulut manis mereka. Paling tidak pun selidik dahulu perjalanan atau modus operandi mereka. Ni berkenaan dengan syarikat Etika Emas di negeri Kelantan. Patutlah makin ramai pelabur yang telah menjual pelaburan mereka daripada terus rugi! Kita dengar apa alasan yang direka pihak Etika Emas nanti. Sekarang ni pun mungkin tengah fikir nak reka alasan, bimbang pelabur pakat lari. Jawab jangan tak jawab! Reka alasan jangan tak reka! Silap reka, kena balik. Ingat tu, pakat reka alasan ramai2, ambik sikit sorang idea.

  31. Terkena
    04/09/2009 at 2:11 pm

    Ni pe cite ni? Emas aku yang kat dalam Ar-RAhnu tak tebus-tebus pun lagi oleh Etika Emas. Tempoh matang pun dah habis iaitu 25/8/09 dengan 28/8/09. Etika Emas buat senyap je, takde pun kontek aku cakap nak gi tebus emas aku 4 ketul yang kat dalam Ar-RAhnu.
    Suruh isi borang Koperasi Etika Emas pun aku dah isi, siap kena bayar RM70 lagi. Kononnya kalau tak jadi ahli Koperasi Etika Emas duit tak akan dikeluarkan. Jadi borang aku dah isi, so mana duitnya? Kempen bukan main lagi hebat, tapi KOSONG! Kut-kut mana pun korang kena tebus jugak emas aku yang 4 ketul tu. Dah la duit gadai emas aku korang dah sapu!
    Hah, sape nak tolong jawab soalan aku ni… Jawab jangan tak jawab! Nanti makin ramai lari nanti. Tapi jawapan tu biar ada tindakan, jangan setakat main jawab je tapi kosong. Kalau setakat jawapan kosong, sape-sape pun boleh jawab. Janji jawab je!

  32. Orang Luar Dalam!
    06/09/2009 at 2:00 am

    Nampaknya sekarang dah betul-betul terjadi apa yang aku jangkakan pasal jumlah duit pembayaran berjadual.
    Ni nak bagitahu ni, dulu pelabur dapat RM300 setiap pelaburan. Sekarang ni dah kurang pulak dah… Sekarang Etika Emas cuma bayar RM260 je!
    Tengok la tak lama lagi… Aku rasa makin kurang je nanti, Puak-puak ni akan cuba jugak nak kurangkan pembayaran berjadual sampai ke RM200 je tapi diaorang akan buat secara sikit-sikit dengan macam-macam alasan. Tengok la nanti!
    Emas aku 4 ketul yang kat dalam Ar-RAhnu tu pun tak ditebusnya lagi. Surat dari Bank Rakyat dah lama dah sampai suruh aku tebus tapi puak Etika Emas ni senyap je sampai sekarang. Langsung tak talipon aku tanya khabar. Sebelum ni bukan main rajin lagi puak-puak Etika Emas ni talipon aku! Takkan nak LARI kut… Tak payah la nak cuba-cuba lari, tak ke mananya.
    Malaysia ni bukannya besar pun, tambahan pulak ramai yang dah terkena, boleh dikatakan 1 Malaysia. Sampai ada yang bergadai dan berhutang. Jadi senang la nak jumpa sebab semua pakat-pakat intai!
    Ada sapa-sapa yang rasa diri dia pejuang Etika Emas nak jawab masalah ni? Tapi jangan guna alasan kononnya sebab Koperasi Etika Emas. Bukan ke koperasi tu bawah Etika Emas jugak? Jadi pandai-pandai la urus supaya tidak membebankan lagi pelabur. Tak kan la yang ni pun nak kena bagitau jugak!
    Masalah berpunca dari Etika Emas, bukannya dari pelabur sebab pelabur dah bagi semua duit gadaian emas mereka. Jadi bukannya tanggungjawab pelabur nak tanggung masalah ni.
    Kalau dah terima duit dari pelabur tu, selesaikanlah! Jangan nak babitkan pelabur pulak.

  33. Serbuk Emas Je...
    07/09/2009 at 1:28 am

    KEPADA SESIAPA YANG MENDAPAT ATAU TERBACA TAWARAN DARIPADA MANA-MANA SYARIKAT KONONNYA NAK BELI ATAU NAK TOLONG TEBUS EMAS-EMAS YANG BERADA DI DALAM AR-RAHNU PERLU MENGAMBIL BERAT BEBERAPA PERKARA :-

    1. MEMPUNYAI LESEN PERNIAGAAN YANG BERKAITAN.

    2. PEMILIK SEBAGAIMANA DI DALAM LESEN.

    3. MEMPUNYAI SIJIL DAFTAR SYARIKAT *(Lesen Niaga dan Daftar Syarikat Adalah 2 Perkara Yang Berlainan).

    4. NAMA SYARIKAT SAMA SEPERTI DALAM DAFTAR SYARIKAT.

    5. MEMPUNYAI NO TELEFON YANG BERDAFTAR DENGAN TELEKOM.

    6. PERIKSA SAMADA SYARIKAT TELAH ATAU BARU DITUBUHKAN

    7. PERIKSA STATUS AKAUN SYARIKAT DENGAN BANK YANG TERLIBAT.

    8. BUAT PERTIMBANGAN YANG WAJAR APABILA DITAWARKAN DENGAN CEK PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN TEMPOH MASA YANG AGAK LAMA UNTUK DITUNAIKAN *(Fikir Sehabis-Habisnya Sebelum Terima. Jangan Menyesal Kemudian Hari…)

    TUJUAN SAYA MENGINGATKAN KEPADA PELABUR-PELABUR SEMUA ADALAH KERANA HENDAK MENGELAKKAN DARIPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG TERTENTU MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PELABUR-PELABUR YANG DALAM KEADAAN BINGUNG SEKARANG NI.

    JIKA DOKUMEN HAKMILIK EMAS TELAH DITANDATANGANI, MAKA DENGAN RASMINYA HAKMILIK EMAS-EMAS PELABUR AKAN BERTUKAR TANGAN DAN PELABUR-PELABUR SUDAH TIADA HAK KE ATAS EMAS-EMAS MEREKA.

    JIKALAU TEMPOH CEK PEMBAYARAN MEMAKAN MASA TERLALU LAMA UNTUK DITUNAIKAN, INI AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG CUBA ‘MENANGGUK DI AIR YANG KERUH’ INI LARI BERSAMA DENGAN WANG HASIL LELONGAN EMAS PELABUR. KEMUNGKINAN ALASAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN JUGA AKAN DIGUNAKAN NANTI.

    LAGI RAMAI PELABUR YANG TERPEDAYA, LAGI BANYAKLAH BAKI WANG LELONGAN EMAS DAPAT DIKUMPULKAN CUMA DENGAN BERMODALKAN KERTAS YANG BERWARNA DAN LAMBANG BANK TERTENTU, LEPAS TU TULIS RM RIBU, RIBU… NAK BAGI PARA PELABUR RASA YAKIN!

    SEMENTARA ITU CEK-CEK PEMBAYARAN YANG DITERIMA MASIH LAGI BELUM DAPAT DITUNAIKAN OLEH PELABUR KONONNYA MASIH BELUM CUKUP TEMPOH UNTUK DITUNAIKAN. SEDANGKAN INDIVIDU TERBABIT DAH PUN JADI DAVID COOPERFIELD HILANGKAN DIRI ENTAH KE MANA!

    NO HANDPHONE YANG DIBAGI PULAK ASYIK PEREMPUAN JE YANG JAWAB ‘NO YANG ANDA DAIL, TIADA DALAM PERKHIDMATAN. TERIMAKASIH…’

    SAMA LA TERIMAKASIHNYA INDIVIDU-INDIVIDU TERSEBUT KEPADA PELABUR-PELABUR YANG RELA HATI ‘SERAHKAN’ EMAS-EMAS KEPADA MEREKA!

    SAYA DI SINI CUMA TOLONG INGATKAN SAHAJA KEPADA PELABUR-PELABUR YANG INGIN SAMBUT ‘SALAM MESRA’ DARI INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG BUAT TAWARAN SEPERTI INI. TERPULANG KEPADA PARA PELABUR YANG NAK MENENTUKANNYA…

    OH YA, NI NAK BAGITAU NI…
    ETIKA EMAS CUMA AKAN BAGI RM260 JE SETIAP BULAN. BUKAN LAGI RM300 SEPERTI BIASA. KALAU NAK TAHU CUBA-CUBA LA TANYA ETIKA EMAS. DENGAR ALASAN APA DIA BAGI… MESTI GUNA ALASAN KOPERASI!
    JADI TAK HAIRAN LA NANTI PELABUR CUMA DAPAT RM200 SUATU HARI NANTI MENGIKUT 2 KETUL EMAS DAN TAK HAIRAN JUGAK SUATU HARI NANTI ETIKA EMAS AKAN BAGI ALASAN-ALASAN SEBAB TAK NAK BAGI PARA PELABUR PERASAN DAN SEBAB NAK BAGI PELABUR PERCAYA DENGAN ALASAN YANG DIBAGI NANTI!

    SEKIAN…

  34. Serbuk Emas Je...
    08/09/2009 at 1:28 am

    BARU JE SERBUK EMAS BAGI PERINGATAN TENTANG CEK PEMBAYARAN TEBUS EMAS YANG MEMERLUKAN MASA YANG AGAK LAMA UNTUK DITUNAIKAN, ADA PULAK ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU YANG TUKAR TAKTIK KONONNYA NAK BAGI WANG TUNAI RIBU-RIBU KEPADA PELABUR SUPAYA DAPAT TEBUS EMAS MEREKA DI AR-RAHNU…

    NI SERBUK EMAS NAK KENA BAGI TIP PULAK NI!

    1. JANGAN SEKALI-KALI TANDATANGAN SURAT SERAH HAKMILIK EMAS SEBELUM WANG TUNAI DISERAHKAN KEPADA PELABUR UNTUK PENEBUSAN EMAS DI AR-RAHNU. ( biasanya helah ‘Kena tandatangan dulu, baru la wang tunai dapat dikeluarkan…’ selalu digunakan )

    2. CUBA DAPATKAN SENDIRI HARGA NILAI EMAS DI PASARAN PADA KETIKA ITU. SEMASA HARI NAK BERURUSAN DENGAN ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU TERBABIT. ( ni penting ni! )

    2. BILA EMAS SUDAH DITEBUS, JANGAN TERUS SERAH KEPADA ‘SYARIKAT’ ATAU INDIVIDU TERBABIT SEBELUM PENGIRAAN DAN PENYERAHAN WANG BAKI NILAI EMAS DIBUAT. ( simpan dan bawa sendiri ke ‘syarikat’ atau individu terbabit )

    3. BAWA TEMAN SEWAKTU URUSAN SEDANG BERJALAN SEHINGGA URUSAN SELESAI ( paling kurang 2 orang. Ni pun sebab nak tolong ‘kejut’kan sikit pelabur bila dah pening dengar ‘hujah-hujah’ yang akan diberikan oleh ‘syarikat’ atau individu terbabit )

    4. BILA URUSAN SELESAI DAN BERPUASHATI DENGAN JUMLAH PENGIRAAN BAKI WANG YANG DAPAT, BARULAH SURAT SERAH HAKMILIK EMAS DAN RESIT PEMBELIAN EMAS DISERAHKAN. ( biasanya time ni la puak-puak ni akan keluarkan hujah-hujah yang akan peningkan kepala sebab nak untung lebih. Masa ni biasanya pelabur tak ingat apa dah sebab RM dah ada dalam tangan, janji dapat RM je… JADI JANGAN PENINGKAN KEPALA ANDA! )

    SEKIAN,

    * banyak betul la syarikat yang ujud bila time-time macam ni…

  35. Serbuk Emas Je...
    09/09/2009 at 3:28 am

    Serbuk Emas ada riki sikit-sikit tentang sorang pembeli emas ni. Setelah di tolak campur dengan jual beli semula emas, jumlah yang dapat RM18,700 bagi 6 ketul emas yang ada dalam Ar-Rahnu. Agak-agak korang semua, boleh ke dengan harga tu?

    Tapi 6 ketul emas tadi belum lagi dijualnya sebab pelabur tu tengah fikir berpatutan ke tidak dengan jumlah yang dia dapat. Tambahan pulak pelabur tu ada lagi 4 ketul emas dalam simpanan Ar-Rahnu dan masih lagi belum dijualnya.

    Mungkin jugak pelabur tu tunggu kut-kut ada yang dapat tawarkan dia dengan harga yang lebih sikit. Bayangkan 6 ketul emas dia cuma dapat RM18,700 kalau 4 ketul emas je, entah berapa yang dia akan dapat agaknya…

    Jadi kepada para pembeli emas yang dapat tawarkan lagi harga yang lebih sikit diminta hubungi pelabur tersebut sebab dia ada 10 ketul emas semua sekali. Kiranya 1 kg emas dah tu! Pelabur tu tinggal di negeri Kelantan Darul Naim.

    Kalau ada para pembeli yang berminat, sila tinggalkan no telefon dengan seberapa segera dan Serbuk Emas akan bagitau kat dia agar dapat berurusan secara terus dengannya.

    Sekian…

  36. Serbuk Emas Je...
    11/09/2009 at 12:51 am

    NI APA HAL PULAK ETIKA EMAS NI. MACAM TAK NAK TEBUS BALIK JE EMAS-EMAS PELABUR YANG ADA KAT DALAM AR-RAHNU TU! MULA-MULA DULU SURUH ISI BORANG KOPERASI ETIKA EMAS ATAS ALASAN SEBAB NAK KELUARKAN DUIT KEPADA PELABUR UNTUK TEBUS BALIK EMAS-EMAS PELABUR YANG KAT DALAM AR-RAHNU. SIAP DIMINTA BAYAR RM70 SEBAGAI BAYARAN ISI BORANG KOPERASI.

    KALI NI PULAK, BILA TUNGGU PUNYA TUNGGU. SURUH ISI BORANG PULAK LAGI. DENGAN ALASAN SAMA, NAK KELUARKAN DUIT UNTUK TEBUS EMAS PELABUR DI AR-RAHNU. SAJA JE SURUH ISI BORANG ITU BORANG INI SEBAB NAK BAGI ALASAN. KEJAP LAGI NI MESTI ADA PULAK BORANG LAIN YANG NAK KENA ISI SEBAB NAK LAMBATKAN LAGI BAYARAN DENGAN ALASAN YANG SAMA ‘NAK KELUARKAN DUIT UNTUK TEBUS EMAS-EMAS PELABUR’

    SAMPAI BILA NAK ISI BORANG NI? DUIT PULAK TAK DAPAT-DAPAT PUN LAGI. YANG DAPAT HANYA BORANG ITU LA, BORANG INI LA. LAST-LAST PELABUR ASYIK ISI BORANG JE DENGAN HARAPAN DAPAT BAYARAN DARI KOPERASI ETIKA EMAS. EMAS-EMAS PELABUR YANG KAT DALAM AR-RAHNU PULAK DAH ‘LEBUR’ BUKANNYA DILABUR!

    SEKIAN…

    *ntah la, sampai bila nak selesai masalah ni. asyik nak mengelak je kerjanya…

  37. Orang Luar Dalam!
    11/09/2009 at 3:14 am

    Betul tu Serbuk Emas, rasa2nya EEE ni macam nak mengelak bayar duit pelabur je ni. Sebab tu la EEE kerap suruh pelabur isi macam2 borang sebab nak bagi pelabur rasa senang hati dan pelabur percaya dgn borang tu, macam ambik berat la konon….. Sedangkan duit tak jugak ada. Mungkin lepas ni rasanya ada borang lain pulak nak suruh pelabur isi. Saja nak suruh pelabur naik turun panjat tangga EEE!

    • Terkena
      11/09/2009 at 3:17 am

      Macam tau-tau je hal ni… Msti dh dpt maklumat dalaman ni?

  38. Serbuk Emas Je...
    27/09/2009 at 7:54 pm

    Ni apa cite ni…
    Aritu Etika Emas mintak pelabur isi borang Koperasi Etika Emas sebagai ahli koperasi, pelabur dah isi. Pastu hari lain suruh pulak lagi isi borang sebab kononnya nak keluarkan duit untuk bayar upah simpan emas, pelabur pun dah isi jugak!

    Tapi…
    Sampai sekarang senyap je ni? Emas kat Ar-rahnnu dah nak kena lelong dah, surat notis lelong pun dah terima dah. Dalam masa 7 hari dari tarikh surat tu kalau tak bayar upah simpan emas, emas tu akan dilelong oleh Ar-rahnnu.

    Janji nak keluarkan duit dari sebelum raya sampai la habis raya tapi duitnya tak tau apa cerita pun lagi. Memang dah agak dah, Etika Emas akan sentiasa suruh pelabur isi borang demi borang sebab nak bagi pelabur leka dengan borang-borang tu. Kononnya duit akan masuk bila dah isi borang. Ni kejap lagi ni bila dah baca komen ni, mesti ada lagi borang nak suruh pelabur isi sebab ada orang dah tahu helah Etika Emas sebenarnya. Lepas tu akan cakap lagi kena isi borang itu ini sebab duit akan dikeluarkan biar pelabur leka lagi dengan janji.

    Kepada sesiapa yang nak beli emas pelabur yang dalam simpanan sekarang sila tinggalkan no telefon. Nanti ada pelabur akan hubungi no tersebut untuk urusan jual emas mereka.

    (daripada macam menunggu buah yang tak gugur, lebih baik kutip buah yang dah ada kat tanah!)

  39. 21/10/2009 at 11:15 am

    EMAS KAJANG TRADING ( 001825702-T )

    KAMI SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI BARU , LAMA , PATAH , ROSAK DAN KHIDMAT TEBUS PAJAKAN EMAS DI PAJAK GADAI / AR-RAHNU

    999.9 – 950 – 916 – 90% – 835 – PAUN – 750 – 585 / MC – SUASA DAN EMAS PUTIH…

    SEBARANG PERTANYAAN @ URUSNIAGA HUBUNGI :-
    EN. AZAM
    PJBAT : 03-8737 9327 H/P 016-275 2000 / 019-233 0355
    ATAU MANA-MANA CAWANGAN DAN EJEN-EJEN KAMI DI :-

    KUALA LUMPUR :
    Kg Baru , Cheras , Taman Melawati , Pandan Jaya , Pandan Indah , Pudu, Ampang , Keramat , Wangsa Maju , Setapak , Gombak, Seri Gombak , Batu Caves , Rawang , Selayang , Kepong , Jalan Kuching , S.Besi , Damansara , Bangsar

    SELANGOR :
    Dengkel , Banting , Klang , Shah Alam , Kajang, Bangi , Semenyeh , Petaling Jaya , Sunway , Puchong , Kelana Jaya , Subang , Bandar Baru Subang , Sungai Buluh, Sri Kembangan , Pekan Batu 11, Balakong

    NEGERI SEMBILAN :
    Seremban , Mantin , Beranang , Port Dikson ,Rembau , Labu , Nilai

    MELAKA :
    Alor Gajah , Bandar Melaka , Masjid Tanah , Peringgit

    JOHOR :
    Bandar Johor Baharu , Lakin Perdana

    PAHANG :
    Bentong , Raub , Temerloh , Kuala Lipis , Kuantan

    PERAK :
    Bagan Datoh, Telok Intan, Bidor, Tanjung Malim , Kampar, Ipoh

    PENANG : Butterworth , Seberang Prai , Kepala Batas

    KEDAH :
    Alor Star , Jitra 2 , Shahab Perdana , Kuala Kedah , Langkawi

    PERLIS :
    Kangar , Kuala Perlis , Padang Besar

    • Yang Tertipu
      16/11/2009 at 3:02 am

      Encik Azam…
      Kat Kelantan tak ada ke ejen atau cawangan yang saya boleh berhubung sebab saya nak
      jual kesemua 25 ketul emas saya kat ar-rahnu.

      Dah la Etika Emas gadai emas-emas tu. Duit pulak semua Etika sapu licin!
      Sampaikan saya pun tak dapat nak merasa satu sen pun hasilnya.

      Tu la kononnya Etika nak ikut cara islam dalam melabur, sedangkan dunia dah tetapkan 1 standard. Last-last jadi macam ni. Orang semua ikut standard yang ditetapkan tapi Etika pandai-pandai pulak nak buat cara sendiri

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to minahbiasa Cancel reply