Sejarah harga emas Public Gold (Daily recorded PG Gold price)
Harga semasa (current price) emas 999 Public Gold boleh di layari di http://publicgold.com.my.
Harga yang dipaparkan disini bagi membolehkan pengunjung membuat perbandingan harga semasa dengan harga pada hari-hari yang lepas.
Harga pada 09/10/09 12:00 AM
| We Sell | We Buy | |
| 20 gram | RM 2519.00 | RM 2368.00 |
| 50 gram | RM 6269.00 | RM 5924.00 |
| 100 gram | RM 12479.00 | RM 11855.00 |
| 1 kilogram | RM 124786.00 | RM 118547.00 |
Harga di atas, berdasarkan kadar tukaran RM dengan USD pada : 8-Oct-09 jam 8:33:17AM iaitu;
| Selling | Buying | |
| 1 US Dollar | RM 3.4850 | RM 3.3840 |
(Harga pada 07/10/09 6:10 PM)
| We Sell | We Buy | |
| 20 gram | RM 2527.00 | RM 2375.00 |
| 50 gram | RM 6289.00 | RM 5943.00 |
| 100 gram | RM 12518.00 | RM 11892.00 |
| 1 kilogram | RM 125182.00 | RM 118923.00 |
Harga pada 06/07/09 6:40 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,244.00 | RM 2,109.00 |
| 50 gram | RM 5,583.00 | RM 5,276.00 |
| 100 gram | RM 11,114.00 | RM 10,558.00 |
| 1 kilogram | RM 111,142.00 | RM 105,585.00 |
Harga pada 26/06/09 5:35 PM)
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,285.00 | RM 2,148.00 |
| 50 gram | RM 5,686.00 | RM 5,373.00 |
| 100 gram | RM 11,319.00 | RM 10,753.00 |
| 1 kilogram | RM 113,192.00 | RM 107,532.00 |
Harga pada 25/06/09 4:35 PM)
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,275.00 | RM 2,139.00 |
| 50 gram | RM 5,662.00 | RM 5,351.00 |
| 100 gram | RM 11,270.00 | RM 10,707.00 |
| 1 kilogram | RM 112,702.00 | RM 107,067.00 |
Harga pada 23/06/09 4:35 PM)
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,230.00 | RM 2,096.00 |
| 50 gram | RM 5,549.00 | RM 5,244.00 |
| 100 gram | RM 11,046.00 | RM 10,494.00 |
| 1 kilogram | RM 110,465.00 | RM 104,942.00 |
Harga pada 22/06/09 9:10 PM
| Weight | Selling Price | Buying Price |
| 20 gram | RM 2,234.00 | RM 2,100.00 |
| 50 gram | RM 5,559.00 | RM 5,253.00 |
| 100 gram | RM 11,065.00 | RM 10,512.00 |
| 1 kilogram | RM110,652.00 | RM 105,119.00 |
Harga pada 20/06/09 1:40 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,274.00 | RM 2,138.00 |
| 50 gram | RM 5,658.00 | RM 5,347.00 |
| 100 gram | RM 11,263.00 | RM 10,700.00 |
| 1 kilogram | RM 112,625.00 | RM 106,994.00 |
Harga pada 19/06/09 4:10 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,262.00 | RM 2,126.00 |
| 50 gram | RM 5,629.00 | RM 5,319.00 |
| 100 gram | RM 11,205.00 | RM 10,645.00 |
| 1 kilogram | RM 112,048.00 | RM 106,446.00 |
Harga pada 19/06/09 , 10:25 AM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,278.00 | RM 2,141.00 |
| 50 gram | RM 5,668.00 | RM 5,356.00 |
| 100 gram | RM 11,283.00 | RM 10,719.00 |
| 1 kilogram | RM 112,826.00 | RM 107,185.00 |
Harga pada 18/06/09 11:25 AM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,258.00 | RM 2,123.00 |
| 50 gram | RM 5,620.00 | RM 5,311.00 |
| 100 gram | RM 11,186.00 | RM 10,627.00 |
| 1 kilogram | RM 111,865.00 | RM 106,272.00 |
Harga pada 17/06/09 8:25 PM
| Selling Price | Buying Price | |
| 20 gram | RM 2,257.00 | RM 2,122.00 |
| 50 gram | RM 5,616.00 | RM 5,307.00 |
| 100 gram | RM 11,179.00 | RM 10,620.00 |
| 1 kilogram | RM 111,795.00 | RM 106,205.00 |
Sila bookmark page ini untuk capaian segera bagi menganalisa harga.
Produk emas purity 99.99% Public Gold

gambar ihsan dari blog Syukor - jutawanemas.com
Produk emas 999 Public Gold terdapat dalam 5 (lima) bentuk :
1) Bar – berat 1kg
2) Syiling – berat 50g
3) Bar – berat 20g
4) Bar – berat 50g
5) Bar – berat 100g
Kesemua di atas dengan purity 99.9% 24 karat.
Kesemua dijual berdasarkan harga semasa di web Public Gold. Namun begitu, anda boleh membeli dengan Skim Belian Mudah kami. Sila hubungi kami untuk mengetahui bagaimanakah caranya.
Kami kini dealer Public Fine Gold International Sdn Bhd di Kuala Terengganu
Salam…
Setelah lama tidak update blog ini, maka hari ini saya ingin announce bahawa kami, (saya – Nizam dan Khairul Annuar) telah menjadi dealer emas PG (Public Gold).
Dengan ini juga saya ingin announce disini, kami juga sudah tidak mempromosikan skim Simpanan Emas Etika.
Banyak komen yg saya dapat dlm blog ini bertanyakan skim Simpanan Emas Etika dan saya tidak menjawabnya, namun begitu, saya masih lagi approve mesej2 berkenaan, untuk dijawab oleh ejen2 Etika yg melawati blog ini.
Bagi sesiapa yang ingin membeli emas PG di sekitar Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Telipot, Padang Nenas, Wakaf Tengah, Wakaf Tembesu, Manir, Pulau Rusa, Kubang Jela, Batu Enam, Bukit Tunggal dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, boleh lah menghubungi kami.
Nizam – 017-9526772
Khairul – 012-9897399
Untuk makluman kepada pencinta-pencinta emas sekalian, kami juga akan memperkenalkan satu skim iaitu Skim Belian Mudah kepada sesiapa yang ingin membeli emas Public Gold dari kami.
Nantikan update dari kami.
Terima Kasih
Kejatuhan ekonomi Amerika: Kembali kuasa dinar emas
Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tonggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut.
Kegemilangannya dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns.
Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan.
Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan.
Melihat kepada kekurangan yang ada pada sistem mata wang apungan ini, ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa penggunaan dinar emas adalah sangat disyorkan agar digunapakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa. Langkah ini disyorkan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
Dari segi tabungan, emas lebih stabil berbanding wang kertas kerana nilainya tidak mengalami turun naik yang ekstrem dan tidak merosot akibat inflasi. Dari segi zakat, hukum Islam menetapkan bahawa zakat hanya boleh dibayar dalam bentuk barangan nyata. Dinar emas sangat sesuai berbanding wang kertas kerana wang kertas hanya laku atas jaminan kerajaan yang mengeluarkannya. Sedangkan emas tidak memerlukan mana-mana pihak untuk mengesahkan nilainya kerana ia dengan sendirinya mempunyai nilai.
Umar Ibrahim Vadillo merupakan individu yang melihat penggunaan dinar emas sebagai jalan penyelesaian kepada krisis ekonomi dunia. Beliau telah berusaha keras untuk mencipta iklim ekonomi yang bersandarkan dinar emas yang sepatutnya menjadi mata wang umat Islam. Malah, beliau juga yang telah melobi Tun Mahathir selepas negara di landa krisis mata wang pada tahun 1997 untuk bertukar kepada penggunaan dinar emas. Hujahnya, mata wang dinar emas bukan sahaja mampu dijadikan sebagai kaedah utama pembayaran berikutan terdapat lebih daripada satu bilion umat Islam di dunia ini malah kedudukan ekonomi sesebuah negara akan lebih terjamin kerana dinar emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang stabil.
Pada tanggal 18 Ogos 1991, beliau dengan lantang telah mengeluarkan fatwa bahawa wang kertas adalah haram. Fatwa berkenaan merumuskan bahawa wang kertas adalah satu bentuk hutang (janji yang dibayar oleh pihak yang mengeluarkannya) dan oleh itu tidak boleh digunakan sebagai alat pembayaran. Ini bertepatan dengan takrifan daripada Imam Malik r.a. yang mentakrifkan wang sebagai “sebarang komodititi yang diterima umum digunakan sebagai alat pertukaran”. Oleh yang demikian, manusia mempunyai kebebasan untuk memilih sebarang komoditi yang bernilai sebagai mata wang dan bukan mata wang yang dipaksa nilai ke atasnya.
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.
Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.
Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).
Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.
Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.
Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.
Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.
Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.
Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas. Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah.
Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).
Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.
Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi…dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.”
Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih. Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?
thanks to >> http://www.dppnjohor.blogspot.com/
BullionVault: Memulakan berniaga emas dengan percuma
noted : Post ini sudah tidak releven dgn trend Pelaburan Emas di Malaysia
Alhamdulillah, pagi tadi saya surfing internet, terjumpa dengan satu website yg menceritakan bagaimana terdapat satu cara memulakan / belajar berniaga emas dengan percuma. Apabila anda daftar satu akaun di website berkenaan, 1gram emas akan diberikan secara percuma untuk anda belajar membuat urusniaga beli dan jual emas online.

Jika anda sudah lama ’study’ dan membuat kajian pasal pelaburan emas di Malaysia ini, anda akan dapati terdapat cara di mana kita boleh berniaga emas menggunakan Public Bank Passbook Akaun dan Maybank Passbook Akaun, yang mana anda boleh beli emas masa harga rendah dan jual masa harga tinggi untuk menikmati keuntungan.
Namun begitu, persoalannya adakah pihak Maybank dan Public Bank menyediakan kemudahan online transaction yang membolehkan kita melakukan jual beli dengan cepat dan mudah? Ada sesiapa yang boleh confirm kan? Jika ada maka bolehlah kita melakukan fund switching dengan lebih baik antara akaun emas dan akaun simpanan.
Jadi mampukah kita berulang-alik antara office dan bank untuk jual dan beli emas mengikut harga semasa? Wujudkah satu sistem yang membenarkan kita melakukan transaksi secara online? Bagi mereka yang berada dalam bidang Forex, mungkin ada broker yang menawarkan perniagaan komoditi ini. Apa lagi pilihan selain itu?
Ada! BullionVault menjalankan transaksi jual beli emas secara maya di mana anda boleh melakukan jual beli secara real time. BullionVault di jalankan oleh syarikat dari UK iaitu Galmarley Limited. Pengasasnya ialah Paul Tustain.
Ada sesiapa yang pernah ada pengalaman dengan BullionVault? Dapatlah kiranya berkongsi pengetahuan di sini.
Laman ini memberikan 1 gram emas PERCUMA sebaik sahaja anda selesai membuka akaun di sana. Membuka akaun adalah PERCUMA. Anda tidak perlu deposit apa-apa untuk mendapatkan 1 gram emas itu. Ianya diberikan sebagai latihan jual-beli emas. Inilah masanya untuk mencuba nasib dalam perniagaan jual beli emas tanpa apa-apa kos dan risiko.
Mari kita lihat apa yang anda boleh buat dengan 1 gram emas PERCUMA ini. Mula-mula anda boleh jual. Hasil jualan ini akan masuk ke akaun akaun currency dan tidak terpengaruh dengan naik turun emas. Anda kemudian boleh tunggu sehingga masa yang sesuai dan membeli semula emas pada harga rendah. Ulanglah proses ini sebaik mungkin untuk mengumpulkan profit. Berbekalkan 1 gram emas PERCUMA ini, anda boleh belajar bagaimana proses jual beli emas di BullionVault.
Tak cukup banyak untuk jadi kaya? Memang betul, dengan jumlah sebanyak itu anda tidak mungkin menjadi kaya raya – tetapi cukup untuk menjadi asas keperluan belajar sebelum anda betul-betul mengambil keputusan untuk mendepositkan wang dan memulakan aktiviti jual beli. Ingat, segalanya BERISIKO, fikir dulu sebelum KO.
Bagaimana nak meniaga emas secara percuma?
Buka akaun dengan BullionVault sekarang dan dapatkan 1 gram emas PERCUMA untuk latihan perniagaan. Anda juga berpeluang untuk membuat referal dan mendapatkan 25% dari komisen direct referals dan 6.25% dari non-direct referal. Sehingga June 2008, BullionVault mempunyai 7,539kg emas dalam simpanan mereka.
Sekiranya ada di antara kita yang tahu tentang BullionVault ini, minta disumbangkan maklumat untuk dikongsikan bersama.
Note* : artikel ini diubahsuai dari tulisan mightyhitter-nogold.com. Terima kasih kpd beliau.
Public Bank Gold Investment Account
Salah satu alternatif kpd sesiapa yg ingin melibatkan diri dlm pelaburan emas ialah dengan membuka Akaun Pelaburan Emas Public Bank. Keterangan lanjut disini .
Kelebihan :
1) Anda tidak perlu pening kepala memikirkan tempat untuk menyimpan emas, kerana ia tidak melibatkan pembelian emas fizikal. Sebarang transaksi jual/beli akan direkodkan ke dalam sebuah passbook yang disediakan kpd pelabur.
2) Modal yg kecil seminima 10g (bersamaan RM874.50 berdasarkan harga hari ini RM87.45/gram) untuk memulakan pelaburan.
3) Modal yg kecil untuk menambah pelaburan iaitu seminima 5g.
4) Kadar spread yang rendah antara harga belian dan jualan balik.
Kelemahan:
1) Anda tidak mendapat emas fizikal, oleh itu anda tak boleh gadai .
Skim Pemilikan Emas Etika, peluang kpd kakitangan kerajaan
Perhatian : Promosi dalam artikel ini sudah expired. Boleh baca post ini untuk rujukan sahaja. Kami sudah tidak mempromosikan skim ini lagi bermula November 2008. Sekarang syarikat Etika Emas Estet ini sedang disiasat oleh BNM.
Skim ini sangat menarik bagi kakitangan kerajaan kerana ia memberi peluang untuk mendapat pendapatan tambahan secara bulanan. Skim ini tidak lah menjanjikan anda menjadi kaya sekelip mata, atau menjanjikan anda menjadi seorang jutawan. Jika itu lah impian anda, baik lupakan. Kerana skim PPS(Pembelian, Pemilikan dan Simpan) ini bukanlah satu skim cepat kaya atau MLM atau seangkatan dengannya.
Yang lebih menarik bagi kakitangan kerajaan kerana untuk menyertai skim ini, anda tidak perlukan modal sesen pun, kerana anda layak mendapat pinjaman peribadi bank/personel loan dengan mudah.
Disini, saya cuba lakarkan contoh perkiraan mudah dan ringkas:
Pembiayaan : Personel loan Public Bank
Interest rate semasa 5.70, pembiayaan 12tahun:
Minima belian emas = 100g
Harga semasa hari ini(7/8/08) mengikut bank rakyat/gram = RM109.22
Jumlah harga untuk 100g = RM10922
Jumlah personel loan diperlukan = RM11000
Bayar bank bulan2(monthly installment) = RM129
Hibah diperoleh oleh pembeli = RM300/month
Untung = Hibah – monthly installment = RM171
Melalui skim ini, anda akan dapat 3 bentuk keuntungan:
1)Keuntungan hibah 12 tahun pelaburan (kasar) = RM171×12bln = RM2052 x 12tahun = RM24626
2)Keuntungan kenaikan harga emas itu sendiri, andaikan mengikut trend 10 tahun lepas, kenaikan adalah melebihi 20%setahun = 20%x10922 = 2184.4×12tahun = RM26212.8 (kenaikan harga) + 10922 = Harga emas anda seberat 100g selepas 12 tahun iaitu RM37134.8
3)Keuntungan dari emas seketul 100g yg anda tidak keluar modal satu sen pun = RM10922
Jumlah keuntungan selepas 12 tahun= Kenaikan harga + hibah + emas 100g yg modalnya anda tidak keluarkan= RM26212.8 + RM24626 + RM10922 = RM61760.8
Jadi saya katakan, 12 tahun dari sekarang anda akan dpt keuntungan RM61760.8 dari 0 modal jika anda bertindak dari sekarang, itu pun jika anda bertindak membeli HANYA 100g emas, cuba anda kira jika anda membeli 300g atau lebih banyak lagi.
Berita – TG Nik Aziz menggesa guna dinar emas
| Ucapan Nik Aziz di PWTC – Guna dinar untuk sekat kuasa ekonomi Amerika dan Yahudi |
| Mohd Rashidi Hassan & Intan Abdullah. Foto Nasir Sudin Tue | Jul 24, 07 | 11:51:02 pm MYT |
|||
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia. Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana “Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata,” tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya. Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu. Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena ‘Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar’ yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv. Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood. Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi). (Surah Ali Imran, ayat 14) Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa” yang sangat penting lagi amat bersejarah ini. Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian, Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram. Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar! Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa. Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat. Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah. Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20. Maksudnya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (Surah Ali Imran : 75) Maksudnya: Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja… Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya: “Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu. Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham. Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan). Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas. Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu. Para Hadirin sekalian, Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja. Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya. Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional. Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas. Dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian, Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus. Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya. Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan. Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian, Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan “Gold Dinar Economy” kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia. Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC. Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata. Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar? Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan “Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa,” yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. – mks. |
|||
Senarai forum yang membincangkan pelaburan emas.
Disini saya cuba list kan beberapa forum, untuk anda teliti sebelum anda memutuskan untuk menceburi mana-mana bentuk pelaburan emas yang ada:
1) Forum di nogold.com http://nogold.com/forum/showthread.php?t=24604
2) Forum di carigold.com http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=26765
3) Forum di bicarajutawan.com http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=4253
Anda akan dpt byk info berguna dlm thread di forum-forum di atas. Saya tidak maksudkan info utk Etika Emas shj, tetapi melibatkan byk bentuk pelaburan emas, anda boleh pilih pelaburan macamana yg anda suka, samada membeli dan menyimpan syiling emas kijang, dinar emas dan sebagainya, selamat membaca dan mentelaah.
PEJABAT ETIKA EMAS ESTET SDN. BHD. DI KUALA TERENGGANU
latest updated (Nov 2008) : Pejabat berkenaan telah berpindah ke Kuala Ibai.
Bagi sesiapa yang telah menyertai program Pembelian, Pemilikan dan Simpan (PPS) Syarikat Etika Emas Estet Sdn. Bhd bagi kawasan Kuala Terengganu, sukacita dimaklumkan, pejabat urusan Etika Emas Wilayah Timur telah mula beroperasi sejak dua bulan lalu di:
111-C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru,
23000 Kuala Terengganu
Tel: 09-6312477 Fax: 09-6312476







Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.