Yang mana lebih menguntungkan Pelaburan emas Public Gold vs Etika Emas?
Program penyimpanan emas Etika yang memberikan hibah bulanan tetapi harga pembelian yang tinggi belum termasuk ‘Premium Fees’ sebanyak 5% daripada nilai harga emas yang dibeli. Penyimpanan emas fizikal dibuat di Bank Rakyat (Ar-Rahnu) yang mana upah simpan ditanggung oleh pihak syarikat dan pinjaman 65% dikeluarkan oleh bank disimpan oleh pihak syarikat. Sebagai contoh harga yang ditawarkan pada 26/06/2009 adalah pada
Harga Semasa Etika Emas (1 gram)
| Ketulenan | Tarikh | Jualan (Pertama Kali) | Jualan | Belian |
|---|---|---|---|---|
| 999.9 | 26/06/2009 | RM 131.47 | RM 125.21 | RM 121.45 |
| 950 | 26/06/2009 | RM 124.90 | RM 118.95 | RM 115.38 |
| 916 | 26/06/2009 | RM 120.52 | RM 114.78 | RM 111.34 |

Atau Para pelabur atau peminat emas fizikal boleh membeli emas Public Gold (PG) dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga yang ditawarkan oleh Etika Emas dan pada masa yang sama kita juga membuat penyimpanan emas di Bank Rakyat, pinjaman 65% yang diberikan oleh pihak bank kepada kita itu boleh pula kita membeli lagi emas fizikal atau boleh digunakan untuk lain-lain keperluan kita yang mendesak.
Harga emas seperti yang ditawarkan oleh PG pada tarikh yang sama 26/06/2009
Harga pada 26/06/09 5:35 PM)
| Weight | Selling Price | Buying Price |
| 20 gram | RM 2,285.00 | RM 2,148.00 |
| 50 gram | RM 5,686.00 | RM 5,373.00 |
| 100 gram | RM 11,319.00 | RM 10,753.00 |
| 1 kilogram | RM 113,192.00 | RM 107,532.00 |
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
Jika kita lihat perbandingan harga dalam jadual yang ditunjukkan diatas, kita tanpa ragu-ragu boleh membuat kesimpulan yang manakah lebih menguntungkan kita sebagai pelabur emas. Adakah jumlah hibah yang diberikan berbaloi dengan apa yang kita bayar?…Sama-sama lah kita bincangkan, post dibuka untuk perbincangan ilmiah dan pada masa yang sama kita mencari lebih keuntungan dengan apa yang kita bayar..





